Bersama PemimpinPenghargaanSemasa

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Dan Doa Selamat Sempena Penghargaan PTD Ke-28

KUALA LUMPUR: Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Penghargaan Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-28, Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain diadakan di Masjid Thoriq bin Ziyad, Kem Perdana Sungai Besi pada 17 Mac 2023.

Majlis yang dihadiri oleh warga Tentera Darat (TD) sekitar Lembah Klang dimulakan dengan bacaan yasin, tahlil dan doa selamat dipimpin oleh Pengarah Agama Markas Tentera Darat (MK TD), Kol Hasbullah Salleh yang mana beliau turut menyampaikan khutbah bertajuk ‘Raikan Ramadan, Jauhi Pembaziran’ sebelum disusuli solat Jumaat.

Sempena ketibaan bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi, PTD berbesar hati menyumbang buah kurma kepada Panglima-panglima Formasi serta Ketua Bahagian, Cawangan dan Jabatan (BCJ) di Wisma Perwira TD.

Pelaksanaan aktiviti kerohanian seumpama ini selaras dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mardzuki Muhammad dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi.

Gambar: Pbt Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online