PAHANG: Seramai 12 pegawai dan 94 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Risik Diraja (KRD) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Komandan Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia (KP ATM) di padang kawad pasukan pada 19 Jun 2023.
Acara serah terima tugas di antara Kol Ahmad Rizakee Ahmad Satibi dan Pemangku Komandan, Mej Khartina July dimulakan dengan upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa disaksikan oleh Pengarah Analisis, Brig Jen Mohamad Fauzi Abdul Majid mewakili Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP).
Majlis diteruskan dengan jamuan makan yang diadakan di Dewan Serbaguna sebelum diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati kepada Mantan Komandan KP ATM.
Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Md Radzi