KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman bersama isteri, Datin Seri Ramlah Dawi menyempurnakan Majlis Ibadah Korban Peringkat Tentera Darat (TD) di Kem Perdana Sungai Besi pada 29 Jun 2023.
Majlis dimulakan dengan simbolik penyerahan pisau sembelihan kepada Pengarah Agama Markas Tentera Darat (MK TD), Kol Hasbullah Salleh sebelum diteruskan dengan penyembelihan sebanyak 32 ekor lembu.
Ibadah korban ini dilakukan bagi memperkasakan semangat pengorbanan dalam kalangan anggota selain memperingati sejarah Nabi Ibrahim A.S yang mengorbankan anaknya demi mentaati perintah Allah.
PTD kemudian turut mengagihkan daging korban kepada warga TD, golongan asnaf, wakil rumah anak yatim dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan bersama isteri, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim bersama isteri dan warga TD sekitar Lembah Klang.
Gambar: Pbt Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein