Semasa

PAT Ahli Ke-13 Hall Of Fame MPAT

PUTRAJAYA: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman telah dimasyhurkan sebagai Ahli Hall of Fame Ke-13 Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dalam Majlis Pemasyhuran Hall of Fame Siri 13/2023 yang diadakan di Dewan Trisakti MPAT pada 30 Okt 2023.

Acara pemasyhuran telah disempurnakan oleh Komandan MPAT, Laksamana Pertama Badarudin Taha dan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak.

Personaliti yang layak dimasyhurkan sebagai ahli Hall of Fame MPAT adalah terdiri daripada alumni maktab yang telah berjaya menjawat jawatan tertinggi di dalam perkhidmatan masing-masing.

Pemasyhuran ini secara langsung memberi pengiktirafan secara nyata dan merupakan penghormatan berprestij tertinggi MPAT kepada alumninya.

Selain Majlis Pemasyhuran, sebagai tanda penghargaan, mereka yang dimasyhurkan dengan status kehormat ini akan menerima sijil peribadi dan momento Hall of Fame serta gambar potret penerima akan dipamerkan bersama penerima terdahulu di ruang yang dikhususkan.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Muhammad Hafizzudeain Jantan, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM, pegawai-pegawai kanan ATM, alumni-alumni MPAT dan peserta kursus MPAT.

Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online