PenghargaanSemasa

Perbarisan Penghargaan Mantan Komandan INSPEKA

PAHANG: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mantan Komandan INSPEKA, Brig Jen Mohd Tahar Abdul Razak yang akan bersara setelah lebih 40 tahun mencurahkan khidmat bakti kepada nusa, bangsa dan negara tercinta.


“Tentera Darat pasti merasa sedih dan pilu kerana bakal kehilangan seorang pegawai kanan yang telah mencurahkan khidmat bakti kepada negara selama 40 tahun.


“Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah mengorbankan seluruh jiwa dan raga kepada perkhidmatan yang amat disayangi ini dan curahan keringat serta bakti beliau telah menuntut pengorbanan yang amat besar,” jelas PTD.


PTD berkata demikian semasa ucapan beliau dalam Perbarisan Penghargaan Brig Jen Mohd Tahar Abdul Razak di Garaj KJA Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) pada 7 Jan 2021.


Tambah PTD lagi, beliau menyarankan agar ketokohan Mantan Komandan INSPEKA yang cemerlang dicontohi dan diteladani oleh seluruh warga KAD dalam memastikan kor ini terus cemerlang dan berjaya dalam melaksanakan misi TD.


Mengimbas keperibadian Brig Jen Mohd Tahar Abdul Razak, beliau telah mengikuti latihan ketenteraan pada 5 Apr 1980 dan ditauliahkan sebagai Lt Muda pada 24 Jan 1981.

Seterusnya, memulakan kerjaya sebagai Pegawai Muda di Rejimen Kedua Kor Kavalri Diraja bertempat di Kem Batu 10, Kuantan.

Dalam perjalanan kerjayanya, Brig Jen Mohd Tahar Abdul Razak telah menyertai beberapa misi luar negara, antaranya UNOMIL di Liberia, UNPROFOR dan MALCON 4 di Bosnia serta MALBATT 850-1 di Lubnan.


Beliau juga telah menyandang beberapa jawatan penting iaitu sebagai Ketua Staf MK 8 Bgd, Pegawai Staf 1 Jabatan Arah Armor, Pengarah Sekretariat MK TD, Komander Pasukan Mencari dan Menyelamat (SMART) dan jawatan terakhir sebagai Komandan Institut Pegawai Kanan INSPEKA.


Sementara itu, dalam ucapan Mantan Komandan INSPEKA, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada PTD kerana memberi kebenaran melaksanakan Perbarisan Penghargaannya.


“Saya amat terharu atas pengorbanan setiap lapisan anggota dalam bersusah payah merealisasikan Perbarisan Perhargaan ini walaupun dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

Tambah beliau lagi sebagai seorang anggota tentera, memang dilatih menjadi seorang berdisiplin dan patuh dengan arahan kerana setiap yang berlaku adalah sebagai menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.


Perbarisan perhargaan ini dilaksanakan dalam norma baharu mengikut Standard Operation Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melibatkan seramai 12 pegawai dan 237 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari 1 KAD dan diketuai oleh Lt Kol Ahmad Kamal Halib.

Sejurus tamat acara perbarisan, PTD turut menyampaikan sumbangan cek Tabung Kebajikan ATM dan Tabung Zakat ATM kepada warga tentera dan waris yang menghidap pelbagai sakit kronik.

Antara penerima adalah Sjn Raja Norasiah Raja Ismail dari 31 Wksp Armor yang menerima sumbangan berjumlah RM2,100.00, Kpl Amirul Azizan dari 12 RAMD yang menerima RM1,600.00 dan LKpl Mohamad Baihaki Marsidi dari 1 KAD yang menerima RM1,000.00.


Turut hadir, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, AKS Operasi dan Latihan, Mej Jen Datuk Hamdan Hj Ismail, Pengerusi KAD, Brig Jen Zaidan Atan dan Pengarah KAD Brig Jen Dato’ Hj Reduan Hj Omar.

Gambar: Sjn Saiful Fazley Rusli

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online