KUALA LUMPUR: 91 Depot Pusat Kor Ordnans Diraja (91 DPOD) telah menganjurkan Program Keselamatan Jalan Raya bertempat di Kem Batu Kentonmen pada 16 Dis 2023.
Program ini telah dirasmikan oleh Mej Jen Hj Azelan bin Abu Bakar, Panglima Logistik Tentera Darat.
Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran keselamatan jalan raya dan mengurangkan kadar kemalangan yang boleh menyebabkan kematian di jalan raya terutamanya dalam kalangan warga Kem Batu Kentonmen khasnya dan Tentera Darat amnya.
Seterusnya Panglima Logistik Tentera Darat berkesempatan melawat tapak pameran dan menyantuni pengunjung-pengunjung yang hadir.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pengedaran risalah keselamatan jalan raya, perkhidmatan servis motosikal secara percuma dan pameran motosikal berkuasa tinggi oleh Syarikat MFORCE serta cabutan bertuah dan pembukaan booth promosi Tabung Haji.
Turut hadir, Kol Mohd Ridza bin Deris, Pegawai Memerintah 91 DPOD merangkap Pemerintah Garison Kem Batu Kentonmen, Pegawai Kanan Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat, Pegawai Memerintah dan Pemerintah MPLTD sekitar Lembah Klang dan Encik Asri Ahmad, Pengurus Mforce Bike Holding (MFORCE).
Gambar oleh: LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein & Pbt Nanatasha Ngadan