KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah melaksanakan lawatan kerja ke Markas Tentera Darat (MK TD) pada 12 Jan 2024.
Ketibaan MENHAN disambut oleh Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan lalu diperkenalkan kepada Ketua-ketua Bahagian, Cawangan dan Jabatan Arah (BCJ) MKTD.
Beliau kemudiannya diberikan taklimat berkenaan perkembangan semasa MK TD di Bilik Mesyuarat MK TD dan diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati.
Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan serta pegawai-pegawai kanan MK TD.
Gambar: LKpl Ahmad Nik Asyraaf Nik Husein