BTDMSemasa

Amanat PTD Buat Warga MK TD

KUALA LUMPUR: Warga Tentera Darat dan staf awam hadir ke Majlis Perjumpaan Panglima Tentera Darat (PTD) Bersama Warga Markas Tentera Darat (MK TD) Sempena Ramadan Al-Mubarak 1445H yang disempurnakan oleh PTD, Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan pada 11 Mac 2024.

Acara dimulakan dengan hadirin mengucapkan selawat, alunan bacaan Asmaul Husna dan diteruskan dengan ucapan serta amanat menyambut bulan Ramadan oleh PTD.

Kemuncak acara diserikan lagi dengan Penyerahan Kurma Kepada Ketua-Ketua dan Wakil Bahagian, Cawangan dan Jabatan (BCJ) MK TD yang disampaikan sendiri oleh Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan sebagai simbolik perjumpaan PTD bersama warga MK TD.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Pengarah Agama MK TD, Kol Hasbullah Salleh dan acara bergambar bersama semua yang terlibat.

Turut hadir, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Norsham Md Tap dan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Mej Jen Dato’ Ahmad Bakar.

Gambar: LKpl Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online