Bersama PemimpinKebajikanSemasa

MENHAN Jaga Kebajikan Warga 7 Bgd

JOHOR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin meluangkan masa melaksanakan lawatan kebajikan ke atas warga Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) yang kurang bernasib baik di sekitar Kluang pada 25 Ogos 2024.

Lawatan kebajikan seperti ini menunjukkan keprihatinan MENHAN dalam memastikan sokongan yang berterusan terhadap anggota tentera, keluarga serta kemudahan dan fasiliti diselenggara dengan baik demi kesejahteraan warga Tentera Darat (TD).

Terdahulu, ketibaan beliau disambut oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan lalu diteruskan dengan lawatan dan penyampaian sumbangan.

MENHAN telah menyantuni Lt Kol Mohd Khalid Ismail yang mengalami patah tulang, anak kepada Bdr Mohammad Zamirul Zaini, adik Muhammad Zaynezam Aryan yang menghidap penyakit Focal Seizure Carpo Collosum Agnesis Global Development Delay serta anak kepada Spr Awie Gerunsing, adik Mac Adnan yang mengalami masalah pendengaran.

Seterusnya, anak kepada Sjn Zulkifli Zainol, adik Muhammad Zaim Irsyad yang menghidap penyakit jantung, anak kepada Sjn Perez Yates Banok, adik Poullinus Perez Yates dan anak kepada Sjn Haniff Abdullah Sani iaitu adik Muhammad Haidar yang masing-masing menghidap Autism.

Beliau turut menyantuni anak kepada PW II Ishak Mohamad, Muhammad Mujahid merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan dan Ceberal Palsy/Autism, anak kepada Kpl Asyrul Din, adik Nurul Jannatul Raisha mengalami Down Syndrome, anak kepada Kpl Mohd Rizwan Zainal Abidin yang mengalami penyakit tulang kaki kiri dan kanan bengkok serta isteri kepada LKpl Abg Zamri Abg Zainal, Farah Juliana Razak yang mengalami Bipolar Disorder.

Selain itu, program ini mendapat perhatian serta sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada MENHAN dan PTD yang begitu komited memastikan kebajikan anggota tentera bersama keluarga mereka diberi keutamaan.

Turut hadir, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Norsham Md Tap dan Panglima 7 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad.

Gambar: LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husien & Pbt Tuan Mohamad Farizal Tuan Dir, Pbt Muhammad Amir Hamzah mohd Yusri

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online