Bersama PemimpinLatihanSemasaTrup TD

67 Penuntut Komando Raih Gelaran Beret Hijau

MELAKA: Seramai 67 penuntut Kursus Asas Komando Siri 2/24 berjaya menyarung Beret Hijau yang menjadi lambang keunggulan dan kebanggaan Gerup Gerak Khas (GGK) dalam majlis penutup kursus yang disempurnakan oleh Panglima 21 GGK, Mej Jen Ahmad Shuhaimi Mat Wajab bertempat di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) pada 1 Sep 2024.

Acara dimulakan dengan demonstrasi serangan pantai oleh para penuntut yang mempamerkan kemahiran tempur yang diperolehi sepanjang berkursus.

Kemudian, majlis diteruskan dengan upacara pemakaian beret hijau, lanyard biru dan penyerahan pisau komando sebagai satu tradisi yang simbolik dalam menandakan pengiktirafan rasmi sebagai anggota GGK.

Panglima 21 GGK mengucapkan tahniah kepada para penuntut atas kejayaan mereka serta menekankan bahawa Kursus Asas Komando bukan sekadar ujian fizikal, tetapi merupakan proses pembentukan jiwa dan semangat yang kental.

“Kursus ini telah membentuk minda dan jiwa para penuntut untuk menghadapi apa jua rintangan dengan keberanian di mana disiplin yang dipupuk sepanjang kursus menjadi kunci kepada kejayaan mereka di masa hadapan,” katanya.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa sebagai anggota GGK, mereka bukan sahaja mempertahankan maruah pasukan dan negara tetapi juga memikul amanah yang diberikan dengan penuh disiplin dan profesionalisme.

Dalam era ancaman global dan domestik yang semakin kompleks, panglima turut menekankan kepentingan untuk GGK sentiasa peka terhadap perubahan dan dinamik ancaman, termasuk ancaman siber, biologi dan psikologi.

“GGK mesti kekal relevan dan bersedia menghadapi sebarang bentuk ancaman yang boleh menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.

“Penuntut kursus yang berjaya menamatkan latihan ini kini menjadi sebahagian daripada pasukan elit yang dikenali sebagai ‘tip of the spear’ dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Darat (TD) di mana mereka adalah harapan bangsa dan aset yang tidak ternilai dalam mempertahankan negara,” ujar beliau.

Mengakhiri ucapannya, Panglima 21 GGK menekankan betapa pentingnya menjaga keagungan Beret Hijau, simbol maruah dan kebanggaan GGK.

“Jagalah maruah Beret Hijau ini daripada dicemari dengan perbuatan yang sia-sia yang akan merugikan segala pengorbanan saudara-saudara untuk mendapatkannya,” tegasnya.

Majlis penutup diakhiri dengan penyerahan kembali bendera kursus kepada Komandan PULPAK sebagai satu lagi tradisi yang menandakan berakhirnya perjalanan latihan yang penuh cabaran ini.

Turut hadir, Ketua Staf Am MK 21 GGK, Brig Jen Samsyawal Muhamad, pegawai-pegawai kanan GGK serta ahli keluarga para penuntut.

Gambar: Pbt Nanatasha Ngadan & Pbt Muhammad Amir Hamzah Mohd Yusri

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online