Bersama PemimpinSemasa

PTD Dianugerahkan Lencana Kehormat Kejuruteraan Peluru

NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan dianugerahkan Lencana Kehormat Kejuruteraan Peluru serta Latihan Pemusnahan Peluru dan Bahan Letupan Tentera Darat Berskala Besar bertempat di Bukit Kidney, Asahan pada 2 Sep 2024.

Terdahulu, ketibaan PTD disambut oleh Panglima Logistik Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Ts Mohammad Shafiq Poh Abdullah sebelum diteruskan dengan gimik pemakaian Lencana Kehormat Kejuruteraan Peluru dan Penyampaian Watikah.

Maksud Lencana Kejuruteraan Peluru seperti Bunga Padi melambangkan pencapaian dan penghormatan ke atas kejayaan yang diperolehi dengan kepakaran dan ilmu yang diperolehi, ianya akan dapat mengurangkan risiko kemalangan semasa menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

Selain itu, lambang ini juga merupakan suatu lambang peringatan kepada anggota EOD yang telah terkorban semasa melaksanakan tugas.

Maksud Meriam dan Tiga Butir Peluru pula melambangkan Coat-of-Arms Jabatan Logistik British yang menganugerahkan Master of Kings Ward-Robe and Armoury pada tahun 1705 dan 1745, lambang ini telah digunakan sebagai tanda meteri keselamatan British Ordnance Committee.

Jabatan Ordnans dan Pejabat Perang British telah menggunakan semula materi keselamatan ini 200 tahun berikutnya dan kebanyakan Kor Ordnans Negara-negara Komanwel menggunakannya sebagai Centre-Piece.

Maksud Marak Api pula melambangkan kesan terhasil dari peluru atau bahan letupan dan juga melambangkan keberanian serta profesionalisme anggota-anggota Juruteknik Peluru dalam usaha mereka mengurangkan bahaya sedaya mungkin.

Turut hadir, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Indera Zahari Mohd Ariffin dan Pengerusi KOD, Brig Jen Dato’ Hj Suhaimi Mat Isa.

Gambar: LKpl Mohammad Fadzil Akirul, LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husien dan Pbt Muhammad Amir Hamzah Mohd Yusri.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online