Bersama PemimpinSemasa

PTD Seru Pegawai TD Pacu Kecemerlangan

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pegawai yang telah dianugerahkan kenaikan pangkat.

Beliau menekankan bahawa kenaikan pangkat ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai, ianya adalah berdasarkan hasil kecemerlangan dan prestasi yang telah ditetapkan oleh perkhidmatan.

“Pancarkan persona kepimpinan serta paculah momentum kecemerlangan diri untuk membimbing pegawai dan anggota bawahan.

“Wujudkanlah suasana kerja yang kondusif dan harmoni serta elakkan persekitaran toksik agar kita dapat mendepangkan agenda Angkatan Masa Hadapan dan Strategi Domain Daratan,” tegas PTD.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai-Pegawai Tentera Darat (TD) di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 4 Sep 2024.

Tambah PTD lagi, beliau berpesan kepada pegawai sukarela yang dipakaikan pangkat agar memanfaatkan pangkat yang disematkan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat awam dalam Askar Wataniah.

Beliau juga menasihati Pegawai Kadet serta Pegawai Senarai Tugas Khas dan Ikhtisas yang ditauliahkan agar mempersiapkan diri dengan latihan dan kursus-kursus kerjaya demi melestari legasi benteng pertahanan negara.

PTD mengakhiri ucapannya dengan memetik kata-kata mutiara seorang tokoh kepimpinan iaitu Peter Drucker yang berkata ”Positions are temporary ranks and titles are limited. But how you treat people will always be remembered”.

Terdahulu, PTD menyempurnakan majlis pemakaian pangkat melibatkan seramai 43 pegawai dan mendahului senarai kenaikan ialah Brig Jen Azaman Jaafar yang dinaikkan ke pangkat Mej Jen serta menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Belanjawan, Cawangan Perancangan dan Pembangunan, MK TD.

Selain itu, majlis turut menyaksikan 11 Pegawai Kanan TD, enam Pegawai Kehormat dan Sukarela, empat Pegawai Kadet serta 21 Pegawai Tugas Khas dan Ikhtisas dinaikkan pangkat.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

Gambar: Pbt Nanatasha Ngadan & Pbt Muhammad Amir Hamzah Mohd Yusri.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online