Bersama PemimpinKebajikanMINDEFSemasaVeteran

MENHAN Raikan Veteran ATM Dalam Majlis Hi-Tea

KUALA LUMPUR: Seramai 38 Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada anggota cedera semasa operasi dan latihan telah diraikan oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Majlis Hi-Tea yang diadakan di sebuah hotel terkemuka sekitar Kuala Lumpur pada 20 Jan 2025.

Majlis ini bertujuan meraikan pengorbanan para veteran ATM yang telah mempertaruhkan jiwa dan raga demi kedaulatan negara.

Dalam acara yang sama, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan beberapa syarikat utama seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Agrobank Berhad dan AFFIN Islamic Bank Berhad.

Kerjasama ini bertujuan memberi manfaat kepada warga pertahanan yang telah bersara atau bakal bersara, terutama dalam aspek perumahan, keusahawanan dan pembiayaan kewangan.

Majlis turut menyaksikan penyerahan sumbangan kepada Tabung Pahlawan oleh syarikat-syarikat terkemuka untuk membantu veteran ATM yang memerlukan sebagai tanda sokongan terhadap jasa dan pengorbanan mereka.

Acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada MENHAN, diikuti dengan sesi fotografi bersama tetamu kehormat dan para veteran yang diraikan.

Turut hadir, Timbalan MENHAN, Adly Zahari, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Mohd Fauzi Tengku Ibrahim

Gambar: LKpl Mohammad Fadzil Akirul

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online