Bersama PemimpinBTDM

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD

KUALA LUMPUR: Majlis Pemakaian Pangkat melibatkan seramai 32 pegawai kanan Tentera Darat yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 3 Feb 2025

Majlis didahului dengan pemakaian pangkat Lt Jen melibatkan dua Pegawai Kanan iaitu Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman yang menjawat jawatan Panglima Medan Barat Tentera Darat dan Lt Jen Dato’ Azhan Hj Md Othman yang menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Angkatan Tentera Malaysia.

Manakala empat Pegawai Kanan dinaikkan pangkat ke Mej Jen iaitu Mej Jen Dato’ Muhammad Suria yang menjawat jawatan sebagai Panglima Divisyen Ketiga Infantri, Mej Jen Dato’ Ts Tuan Azhan Tuan Putra yang kekal menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Semboyan. Seterusnya, Mej Jen Dato’Dr Roza Anon Muhammad Ramli kekal menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Poliklinik Pakar Pergigian HAT Mizan dan Mej Jen Faridhulathroth Hj Hashim yang kekal menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Perisikan Markas Tentera Darat.

Majlis seterusnya diteruskan dengan Majlis Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Tentera Darat antara Lt Jen Dato’ Azhan Hj Md Othman dan Mej Jen Dato’ Rashidin Hashimi Ab Rashid. Seterusnya, majlis diteruskan dengan Serah Terima Tugas Pengerusi Rejimen Sempadan antara Lt Jen Dato’ Azhan Hj Md Othman dan Mej Jen Dato’ Hj Fazal Hj Abdul Rahman.

Majlis turut menyaksikan Serah Terima Tugas Pengerusi Kor Polis Tentera Diraja antara Mej Jen Abdul Wahab Geoh dan Brig Jen Shahsulakmar Hj Ismail.

PTD dalam ucapannya mengingatkan bahawa kenaikan pangkat hadir bersama tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah dan dedikasi dimana beliau turut menekankan kepentingan Loyalty sebagai seorang pegawai tentera dan pemimpin yang mengikat nilai dan prinsip Responsibility, Accountability dan Integrity yang menentukan Leadership Character, Decision Making dan Mission Success.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Dato’ Mohd Razali Alias, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Haji Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan pegawai-pegawai kanan TD.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online