Bersama PemimpinSemasa

71 PTTK Naik Pangkat PW I

KUALA LUMPUR: Seramai 71 Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat Pegawai Waran I (PW I) dalam satu majlis yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan di Dewan Tanjung, Wisma Transit Kuala Lumpur pada 9 Jul 2025.

Dalam ucapannya, PTD merakamkan tahniah dan menegaskan bahawa pemakaian pangkat PW I adalah satu amanah besar dan lambang pengiktirafan tertinggi daripada TD.

“Anda kini berada di puncak kerjaya sebagai anggota Lain-Lain Pangkat, bukan lagi sekadar pelaksana, tetapi berperanan sebagai penentu budaya organisasi dan pemimpin kepada anggota bawahan,” ujar beliau.

PTD turut mengingatkan bahawa setiap PW I perlu menjadi contoh teladan, berani menegur kesilapan dan tidak hanya selesa memberi arahan tanpa turun padang.

“Jangan jadi PW yang bisu, pekak atau buta terhadap salah laku kerana pangkat yang disandang adalah satu tanggungjawab, bukan keistimewaan,” tambahnya.

Selain itu, PW I juga diingatkan agar mengelak penyalahgunaan media sosial dan fokus kepada peranan sebagai jambatan antara pegawai dan anggota bagi memastikan dasar dan arahan dilaksanakan dengan berkesan.

“Dengan pengalaman dan kematangan yang ada, buktikan anda adalah pemimpin yang berwibawa,” kata PTD mengakhiri ucapannya.

Turut hadir, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar: Kpl Mohammad Fadzil Akirul & Rjr Raja Khairul Husaini Raja Roslan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online