Semasa

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat 12 Briged

KUALA LUMPUR: Majlis Khatam Al-Quran Peringkat 12 Briged telah dilaksanakan di Rumah BAKAT Kem Wardieburn dan disempurnakan oleh Panglima 12 Briged, Brig Jen Dato’ Mohd Nazri bin Abidin. Semua Pegawai dan anggota 12 Briged serta ahli BAKAT 12 Briged juga tidak ketinggalan turut serta dalam program tersebut.

Majlis bacaan Al-Quran yang dipimpin oleh Mejar Ustaz Jamal Nasir bin Ahmad bersama-sama Panglima Markas 12 Briged serta isteri Datin Hasnah binti Harun diikuti warga Markas 12 Briged.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pegawai dan anggota yang menjayakan majlis tersebut.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online