Semasa

TERATAI dan Warga ATM Negeri Pahang Edar Bubur Lambuk

PAHANG: Majlis memasak dan mengedar bubur lambuk oleh Persatuan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Pahang (TERATAI) dan warga ATM negeri Pahang telah diadakan di 4 Komp Angkut KPD (Mek) Kem Batu 10 Kuantan yang merupakan aktiviti tahunan bagi warga 4 Bgd (Mek) pada bulan Ramadhan. Penganjuran kali ini dilihat istimewa kerana melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan.

Seramai 300 orang pegawai dan anggota telah terlibat bagi menjayakan majlis ini. Turut terlibat adalah pelajar-pelajar Kolej Yayasan Pahang. Majlis ini diadakan untuk mengagihkan sebanyak 12,000 bubur lambuk kepada agensi-agensi awam, Plaza Tol Gambang dan kepada warga ATM di negeri Pahang. Selain itu, ianya dapat mengeratkan silaturahim antara warga tentera bersama badan-badan amal dan masyarakat setempat.

Majlis telah disempurnakan oleh Panglima 4 Bgd (Mek) YBhg Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu bersama Naib Yang Di Pertua Persatuan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Pahang, Datin Khadijah Ibrahim.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online