Bersama PemimpinMINDEFSemasaTentera Bersama Rakyat

Kemerdekaan Bukan Tanda Perjuangan Selesai – MENHAN

KUALA LUMPUR: Warga Kementerian Pertahanan (MINDEF) memeriahkan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan bertemakan ‘Malaysia Madani: Rakyat Disantuni’ yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin bertempat di Dataran Wisma Pertahanan pada 21 Ogos 2025.

Majlis tahun ini menampilkan kelainan apabila dimulakan dengan perarakan Kontinjen Merdeka MINDEF yang menghimpunkan sebanyak 10 buah kontinjen gabungan daripada Bahagian, Unit, Pasukan dan Jabatan di bawah Kementerian Pertahanan.

Acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lafaz Ikrar Rukun Negara, bacaan doa serta ucapan khas oleh MENHAN yang menekankan kepentingan perpaduan dan semangat patriotik dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa kemerdekaan tidak bererti perjuangan telah selesai, sebaliknya usaha untuk memelihara kemerdekaan, mempertahankan kedaulatan serta membangunkan negara mesti diteruskan tanpa henti.

“Semangat ini mesti dihayati oleh setiap warganegara, khususnya anggota tentera dan warga Kementerian Pertahanan. Jalur Gemilang bukan sekadar lambang pertahanan, tetapi juga simbol kedaulatan, integriti dan kemerdekaan negara,” tegas beliau.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga sebagai tanda cinta kepada tanah air.

Majlis anjuran MINDEF dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia ini turut menyaksikan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) Jabatan Penerangan Malaysia, Puan Rubaayah Osman, menyerahkan Jalur Gemilang kepada Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Hj Mohd Nizam Hj Jaffar dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali.

Sebagai simbolik pelancaran Program Konvoi Merdeka, MENHAN kemudiannya menyempurnakan upacara memasang Jalur Gemilang pada motosikal konvoi yang akan menyantuni serta beramah mesra bersama warga emas di Alam Lindungan Teratak Amal Qaseh Warga Emas Islam, Raub.

Gambar: Kpl Mohammad Fadzil Akirul & LKpl Muhammad Syfiqrullah Mazlan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online