KebajikanSemasa

LTAT Sumbang Bantuan Banjir Untuk Warga ATM

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM menyempurnakan penyerahan Sumbangan Bantuan Mangsa Banjir untuk warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Pertahanan pada 19 Jan 2022.

Sumbangan banjir ATM ini merupakan inisiatif daripada PAT dengan kerjasama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam membantu warga ATM yang terkesan akibat bencana banjir yang terjejas di sekitar Lembah Klang.

LTAT menyumbangkan barangan elektrik seperti 550 unit cerek elektrik, 410 unit periuk nasi elektrik, 100 unit peti sejuk mini, 400 unit peti sejuk jenama MIDEA serta 400 unit dapur dua burner.

Sumbangan bantuan barangan elektrik ini telah diserahkan secara simbolik kepada Panglima-Panglima Perkhidmatan untuk diagihkan kepada mangsa banjir dalam usaha untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Pecahan penerima bantuan di sekitar Lembah Klang secara keseluruhannya adalah seramai 236 keluarga melibatkan 97 keluarga bagi perkhidmatan Tentera Darat (TD), 27 keluarga perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), 58 keluarga perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)  dan 54 keluarga bagi Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM).

Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Ackbal Hj Abdul Samad TUDM.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online