Bersama PemimpinLawatanSemasa

Lawatan Rasmi Commander of the Royal Cambodian Army

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan menerima Lawatan Rasmi daripada Commander of the Royal Cambodian Army, General Mao Sophan dan delegasi di Kementerian Pertahanan pada 13 Okt 2025.

Lawatan rasmi selama empat hari bermula dari 13 hingga 16 Okt 2025 ini bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama pertahanan antara Tentera Darat (TD) dan Angkatan Tentera Diraja Kemboja, khususnya dalam aspek pertukaran kepakaran, latihan ketenteraan serta hubungan profesional antara kedua-dua negara.

Terdahulu, ketibaan Commander of the Royal Cambodian Army di Dataran Wisma Pertahanan disambut oleh PTD, lalu menerima tabik hormat serta memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang berkekuatan seramai empat pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Muhammad Akmal Hakim Sabarudin.

Selesai acara KKU, beliau diperkenalkan kepada pegawai-pegawai kanan TD sebelum diiringi ke Pejabat Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin bagi melakukan Kunjungan Hormat sebagai tanda penghormatan rasmi kepada kerajaan Malaysia selaku tuan rumah, selaras dengan protokol diplomatik dan pertahanan antarabangsa.

Seterusnya, beliau melaksanakan Kunjungan Hormat ke atas PTD bagi memperkukuh hubungan akrab antara kepimpinan tertinggi Tentera Darat kedua-dua negara.

Dalam sesi tersebut, kedua-dua pihak menzahirkan komitmen terhadap pemeteraian dokumen Terms of Reference (TOR) sebagai langkah memperkukuh kerjasama bersama dalam bidang latihan, pertukaran kepakaran dan pembangunan profesional anggota tentera.

Kedua-dua sesi kunjungan diakhiri dengan Commander of the Royal Cambodian Army menandatangani buku lawatan dan saling bertukar cendera kenangan bersama MENHAN dan PTD.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar dan Pegawai-pegawai Kanan TD.

Gambar: Kpl Mohammad Fadzil Akirul, LKpl Muhammad Shafirin Mohd Radzi & Pbt Nanatasha Ngadan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online