Bersama PemimpinSemasa

47 Pegawai Naik Pangkat, KAD Terima Pengerusi Baharu

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat melibatkan 47 pegawai kanan Tentera Darat (TD) dan menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Kor Armor Diraja (KAD) bertempat di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 31 Okt 2025.

Majlis dimulakan dengan pemakaian pangkat Brig Jen kepada enam pegawai kanan didahului oleh Kol Afendi Mohamed Thufik yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Penilaian Tentera Darat.

Pemakaian pangkat Brig Jen diteruskan kepada Kol Samad Igom yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Latihan), Jabatan Latihan Khidmat Negara di Kementerian Pertahanan dan diikuti Kol Ahmad Hafizal Hj Hashim yang menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Perancang Strategik di Bahagian Perancangan Pertahanan – Markas Angkatan Tentera Malaysia.

Turut menerima kenaikan pangkat Brig Jen ialah Kol (Dr) Rafedon Mahidin yang kekal berkhidmat sebagai Pakar Ortopedik di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kol Noor Husny Alias yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Panglima Logistik TD serta Kol Norazan Omar yang dinaikkan ke pangkat Brig Jen (Sukarela) dan kekal sebagai Komander Rejimen 501 Askar Wataniah.

Selain itu, seramai lapan pegawai telah dinaikkan ke pangkat Kol termasuk dua Kol (Kehormat), diikuti 31 pegawai dinaikkan pangkat ke Lt Kol merangkumi tiga Lt Kol (Sukarela) dan tiga Lt Kol (Kehormat), manakala tiga lagi pegawai masing-masing dinaikkan ke pangkat Mej (Sukarela), Kapt dan Lt.

Acara kemudiannya diteruskan dengan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi KAD yang menyaksikan Lt Jen Dato’ Zaidan Atan menyerahkan tugas kepada Mej Jen Dato’ Indera Zahari Mohd Ariffin.

PTD merakamkan ucapan tahniah kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat serta berpesan agar terus menjadi pemimpin yang komited dalam melaksanakan tanggugjawab yang diamanahkan.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada para isteri pegawai yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada suami untuk terus berjaya dalam kerjaya ketenteraan.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Dato’ Mohd Razali Alias, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar.

Gambar: Pbt Muhammad Amir Hamzah Mohd Yusri

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online