JOHOR: 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) dengan kolaborasi bersama Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ) telah melaksanakan Eksesais Thunderflash Siri 2/2025 bertempat di Depoh Lokomotif dan Gerabak KTMB, Kempas Baru pada 13 Nov 2025.
Eksesais ini bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan operasi serta memperkukuh keupayaan tempur bersama antara 21 GGK dan ATSNJ dalam menangani sebarang bentuk ancaman keganasan, khususnya di kawasan pengangkutan awam seperti perkhidmatan tren.
Melalui latihan ini, para peserta berpeluang berkongsi kepakaran dan bertukar pengetahuan dalam aspek kemahiran teknikal, taktik serta prosedur operasi melibatkan situasi ancaman di laluan tren (Train Option).
Pelaksanaan eksesais turut memberi penekanan kepada pembangunan kesefahaman dan peningkatan interoperability antara 21 GGK, elemen bantuan serta ATSNJ bagi memastikan koordinasi bersama lebih mantap dalam situasi operasi sebenar.
Eksesais Thunderflash juga berperanan sebagai platform persediaan penting menjelang pelaksanaan Eksesais Railguard, yang akan menguji keupayaan kolaboratif dalam menjalankan operasi keselamatan dan anti-keganasan di lokasi strategik sistem pengangkutan negara.
Gambar : Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein, Muhammad Norakram Halib & Muhammad Syafiqrullah Mazlan


