KUALA LUMPUR: Jen Datuk Hj Malek Razak Sulaiman secara rasminya telah memulakan tugas sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) Ke-24 di Wisma Pertahanan pada 4 Feb 2026.
Sejurus tiba di perkarangan Wisma Pertahanan, beliau menerima tabik hormat lalu memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri daripada enam pegawai dan 121 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Mohamad Waqiyudin Abd Rahman dengan diiringi Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja.
Seterusnya, acara diteruskan dengan istiadat simbolik meletakkan bendera rasmi PAT sebagai tanda beliau secara rasmi memegang jawatan tersebut.
Gambar: Saifun Hakimi Zainon dan Rjr Raja Khairul Husaini Raja Roslan




