Tag: 2 Bgd

  • PTD Lawat Op Penawar KTJ 2 Bgd

    PTD Lawat Op Penawar KTJ 2 Bgd

    PERAK: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi melakukan Lawatan Kerja ke Op Penawar KTJ 2 Bgd pada 8 Apr 2020.

    Ketibaan PTD disambut oleh Panglima 2 Bgd, Brig Jen Malek Razak Sulaiman di SJR Bidor dan seterusnya dibawa ke Wisma Perwira 2 RRD untuk sesi Taklimat Op Penawar.

    Selesai taklimat, PTD dibawa melawat ke SJR Tambun dan dibawa melawat ke beberapa lokasi SJR di sekitar Ipoh.

    Lawatan yang diadakan adalah untuk melihat sendiri perlaksanaan Operasi Penawar di KTJ 2 Bgd.

    Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Haji Mohd Nazir Hj Mami, Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Badrul Hisham Muhammad, Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Ya’cob Hj Samiran dan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid.


    Gambar: Markas Briged Kedua Infantri Malaysia

  • Bengkel Pengguna WRB Base (NC2) Sistem P4 Tahun 2017

    PULAU PINANG: Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (MK 2 Div) melalui Sel P4 MK menganjurkan Bengkel Latihan Pengguna Web Base (NC2) Sistem P4 Tahun 2017 yang bermula pada 27 Nov hingga 30 Nov 2017 di MK 2 Div cawangan P4.

    Bengkel yang dianjurkan khusus untuk staf dan pengguna-pengguna Sistem P4 Darat naungan formasi 2 Div untuk memberi pendedahan dan latihan mengenai cara-cara pengendalian sistem ini semasa operasi dan latihan.

    Penglibatan peserta bengkel seramai 40 orang, terdiri daripada formasi 2 Bgd, 6 Bgd, 8 Bgd dan 30 Bgd yang terdiri dari Pegawai Operasi/Gerak, Staf gerak, Staf risik termasuk staf P4 sendiri.

    Secara amnya Bengkel singkat ini amat membantu memahirkan lagi penggunaan sistem yang telah lama berada dalam ATM semenjak tahun 2000 lagi.

    Banyak penambahbaikan mengenai sistem ini dipelajari selama tiga hari dan dari hasil dari kaji selidik yang dibuat menunjukkan bahawa ramai dari peserta memahami dan meningkatkan pemahaman penggunaan sistem ini dengan lebih baik.

    Bengkel ini telah mendapat bantuan syarahan dari Syarikat pembekal sendiri iaitu SCS (System Consultancy Services) yang di ketuai oleh Mej (B) Rosman Muji.

    Bagi memperkasa implementasikan Sistem P4 dicadangkan agar pihak formasi dapat mengadakan lebih banyak Ceramah /pendedahan NC2 ini kepada semua anggota Tentera di semua formasi formasi tentera supaya semua anggota memahami tugas dan tanggungjawab mengenai sistem ini.

    Bengkel latihan ini dirasmikan oleh Ketua Staf MK 2 Div, Kol Noorrul Azril Ariffin manakala acara penutup pula dilaksanakan oleh Lt Kol Cheong Siow Fong, SA P4 MK PMBTD.

  • MMR PTT Kanan TD 2017

    PERAK: Seramai 320 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pelbagai kor Tentera Darat dan pasangan terlibat dalam Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) Zon Utara sempena Hari TD Ke-84 di hotel terkemuka Ipoh pada 06 Okt  2017.

    MMR tersebut disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim yang mana merupakan salah satu aktiviti sempena menyambut Hari TD pada tahun ini.

    Dalam ucapan PTD, beliau mahukan tradisi rejimental seperti MMR ini menjadi pengikat kepada keutuhan keberadaan TD yang mana Bintara adalah elemen terpenting dalam menentukan kehidupan TD.

    “Saya menyeru kepada anda semua untuk terus memperkasakan institusi Bintara dalam menyokong dan membantu kepimpinan TD dan MMR pada malam ini bukan hanya sekadar acara tahunan malah sebagai platform merapatkan hubungan sesama kita.

    “Kecemerlangan sesebuah organisasi itu, adalah bergantung kepada keberjayaan sistem pengurusannya dan ingin saya menegaskan kepentingan dalam mematuhi polisi, arahan dan prosedur dalam TD harus dititikberatkan kerana kelemahan dan kekurangan yang timbul adalah disebabkan kegagalan mematuhi garis panduan serta arahan yang dikeluarkan,” tegas PTD.

    Selain itu, PTD mahukan semua PTT Kanan TD peka dengan keadaan semasa terutamanya aspek perubahan doktrin, bentuk latihan, pengurusan anggota dan penyelenggaraan aset-aset TD terkini kerana kemahiran dan kepakaran anggota adalah ditagih bagi menentukan kesiagaan TD.

    Turut hadir Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar, Panglima 2 Bgd, Brig Jen Datuk Mohd Nizam Hj Jaafar,  Sarjan Mejar Rejimen TD, PW I Hayazi Abdul Aziz serta mantan-mantan SMR TD.

     

    Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan

  • 2 Bgd Dilepaskan Bagi Larian Merdeka TD 2017 Zon Utara

    PERAK: Upacara Pelepasan Larian Merdeka TD Zon Utara Laluan dua yang melibatkan kontijen Markas 2 Briged telah diadakan dengan jayanya di Dataran Warisan, Taiping pada 23 Ogos 2017.

    Upacara Pelepasan Peserta Larian telah dirasmikan oleh Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar.

    Peserta Larian telah dilepaskan bermula di Dataran Warisan, Taiping dan akan melalui Jalan Taiping – Kuala Kangsar sehingga ke penamat di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh melibatkan jarak sejauh 95 km.

    Terdahulu, program Larian Merdeka tersebut dimulakan dengan acara Senaman Body Combat yang menarik kehadiran penduduk setempat. Program turut diserikan dengan Mini Military Funfair dan Promosi Askar Wataniah.

    Turut hadir, Panglima 2 Bgd, Brig Jen Datuk Mohd Nizam Hj Jaffar serta Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Dato’ Hj Ahmad Shalimin bin Ahmad Syafie.

    [jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

    [jaw_gallery gallery=”12314,12315,12316,12317,12318,12319,12320,12321,12322,12323,12324,12325,12326,12327,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]