Bersama PemimpinMINDEFSemasa

DSA dan NATSEC Asia 2024 Cetus Peluang Pelaburan Global

KUALA LUMPUR: Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia 2024 atau lebih dikenali Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) Asia 2024 memecah rekod penyertaan dimana 1,324 syarikat yang mewakili 60 negara terlibat dalam perbincangan yang akan membentuk masa depan pertahanan dan keselamatan di seluruh dunia.

Acara dwi tahunan ini bermula pada 6 hingga 9 Mei 2024 di mana menyediakan peluang bagi pemimpin dalam sektor pertahanan dan keselamatan untuk terlibat dalam dialog yang memberi peluang untuk saling berkongsi dan membina pengetahuan serta mendorong hubungan yang lebih kukuh antara negara.

Dalam empat hari seterusnya, pameran ini akan mendedahkan beberapa perkakasan dan elektronik yang paling canggih di dunia merangkumi pertahanan darat, udara, dan laut; di samping kemajuan yang dipelopori dalam bidang domain siber, perlindungan sempadan, pengenalan warganegara, kecerdasan buatan, penjagaan kesihatan medan perang, sistem latihan dan simulasi, peralatan keselamatan polis dan keselamatan dalam negeri, serta sistem perlindungan aset penting.

Syarikat-syarikat yang menyertai ini merupakan sebahagian daripada 34 kumpulan pavilion oleh negara-negara termasuk Austria, Australia, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Kanada, China, Republik Czech, Perancis, Jerman, Greece, India, Indonesia, Itali, Kazakhstan, Norway, Pakistan, Poland, Portugal, Serbia, Singapura, Slovakia, Korea Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Thailand, Belanda, Turki, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Ukraine dan Amerika Syarikat.

Acara-acara ini juga berfungsi sebagai tempat utama bagi pengeluar, pembekal, firma, agensi, dan entiti pertahanan dan keselamatan di seluruh dunia untuk bertukar pengetahuan, meningkatkan pemahaman, dan membina kerjasama. Selain itu, ia akan memberikan akses kepada pegawai kerajaan, pemimpin tentera tertinggi, delegasi antarabangsa dan pembuat dasar yang berpengaruh.

Majlis Perasmian Pelancaran DSA 2024 dan NATSEC 2024 telah disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 6 Mei 2024 di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail, Pengerusi DSA Exhibition and Conference Sdn. Bhd., Tan Sri Asmat Kamaludin, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Berucap ketika perasmian, PM berkata Malaysia berbesar hati menjadi tuan rumah kepada perhimpunan penting ini di mana pendekatan holistik terhadap cabaran global ditekankan oleh advokasi bagi penyelesaian yang aman dengan pembangunan yang mampan.

“Komitmen kepada usaha keselamatan yang kolaboratif mengesahkan peranan kita sebagai peserta aktif dalam membentuk dunia yang lebih selamat dan stabil untuk generasi akan datang,” ujar PM.

Sejak penubuhannya lebih dari 30 tahun yang lalu, siri DSA tidak hanya meletakkan Malaysia sebagai pusat inovasi pertahanan dan keselamatan global tetapi juga telah mencetuskan peluang pelaburan yang signifikan, dengan kontrak dan perkongsian dijangka menghasilkan berbilion Ringgit nilai ekonomi.

Selain menyertai perbincangan peringkat tinggi, peserta juga akan mendapat pandangan tentang trend yang sedang berkembang dan mendatang dalam bidang yang sentiasa berubah dimana pengunjung juga akan dapat menyaksikan demonstrasi langsung dan pameran untuk meningkatkan pengetahuan dan kebolehan profesional, sambil menyediakan diri dengan penyelesaian dan strategi untuk menangani cabaran keselamatan moden secara efektif.

Secara keseluruhan, DSA 2024 dan NATSEC Asia 2024 berjanji untuk menjadi batu loncatan untuk membina perkongsian global dan serantau serta menangani cabaran-cabaran masa kini sambil meramalkan dan mencetuskan penyelesaian untuk keperluan hari esok dan generasi yang akan datang, dengan demikian membantu membentuk masa depan komuniti global.

Terdahulu pada sebelah pagi MENHAN merasmikan Forum Putrajaya 2024 bertemakan Non – Traditional Threat and Emerging Technologies yang merupakan satu platform persidangan berskala antarabangsa yang dilaksanakan bertujuan menghimpunkan komuniti penggubal dasar, badan pemikir dan agensi pertahanan serta keselamatan serantau dan antarabangsa.

Persidangan ini menterjemahkan fokus menerusi pendekatan secara sesi dialog dan perbincangan terbuka yang membina antara peserta meliputi ideologi perkongsian pengetahuan, mengenalpasti keutamaan bersama, meneroka penyelesaian inovatif dan mengukuhkan perkongsian untuk keamanan serta kemakmuran serantau dan antarabangsa yang mampan.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Pertahanan, Tuan Adly Zahari, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Laut, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online