RencanaUndang-Undang
Trend

Akta Pemakaian Pakaian Tentera

[dropcap]S[/dropcap]ejak kebelakangan ini kita sering melihat orang awam (golongan artis tidak terkecuali!) yang sering memperagakan dan memakai pakaian ATM, terutama sekali Tentera Darat. Pakaian celoreng (BDUs) amat digemari. Itu belum lagi golongan yang mencampur-adukkan pakaian. Sebagai contoh baju Pakaian Istiadat TD, seluar pula pakaian TUDM dan pakaian kepala dari Rela! Kebanyakkan kita inginkan glemer tetapi tidak kira tempat. Itu belum lagi golongan yang berpakaian tempur ala tentera, siap dengan ‘senjata’. Semangat sebegini harus dipuji, tapi kalau ada berani, sertailah Wataniah dan sama-sama kita pertahankan kedaulatan negara tercinta. Jangan berpakaian sebegini bagi tujuan ‘memikat’, buruk benar!

Aksesori tentera disalahguna dalam berfesyen

Kepada yang masih tidak tahu, atau pura-pura tidak tahu, ataupun sememangnya tidak mahu ambil tahu, terdapat Rang Undang-Undang atau Akta yang melarang pihak-pihak yang tidak layak memakai pakaian tentera, dan juga mengguna peralatan ketenteraan mengikut kehendak hati mereka. Berikut diringkaskan akta-akta yang telah diperuntukkan mengikut perundangan yang sedia ada.

1. KANUN KESIKSAAN (N.M.B Bab 45). 

SEKSYEN 140. MEMAKAI PAKAIAN ASKAR, KELASI ATAU PENERBANGAN. Barang siapa, yang bukannya seorang askar, kelasi atau penerbang dalam perkhidmatan tentera darat, laut atau udara Yang di-Pertuan Agong, memakai apa-apa pakaian atau membawa apa-apa tanda yang menyerupai apa-apa pakaian atau tanda yang digunakan oleh seseorang askar, kelasi atau penerbang itu dengan niat supaya boleh dipercayai bahawa ia adalah seorang askar, kelasi atau penerbang itu, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau denda yang boleh sampai seribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.

2. AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKTA 336). 

  • SEKSYEN 16. MEMILIKI SECARA HARAM BARANG-BARANG KEPUNYAAN ASKAR, TENTERA LAUT, TENTERA UDARA ATAU POLISSesiapa pun yang dengan sengaja mendapatkan, membeli, menukarkan atau menerima dari sesiapa pun yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia atau pasukan pertahanan tempatan atau angkatan tentera pelawat atau mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia atau Polis Singapura sebarang kegunaan, pakaian atau lain-lain barang atau peralatan askar, tentera laut, tentera udara atau polis atau sebarang harta benda kepunyaan Kerajaan Malaysia atau Singapura atau Kerajaan Negeri atau Kerajaan Angkatan tentera pelawat, atau sebarang bintang-bintang kurniaan untuk jasa baik atau untuk perkhidmatan terpuji atau lain-lain atau sesiapa memiliki atau menyimpan sebarang kegunaan tersebut, pakaian atau lain-lain barang, kegunaan atau kepunyaan lain atau bintang-bintang kurniaan seperti di atas dan tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan bagaimana dia mendapatkannya boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima puluh ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam minggu atau kedua-duanya sekali.
  • SEKSYEN 25. MEMAKAI PAKAIAN SERAGAM YANG TIDAK DIBENARKAN. Sesiapa jua pun yang memakai tanpa kebenaran yang sewajarnya pakaian seragam yang ditetapkan bagi kegunaan mana-mana angkatan bersenjata Malaysia atau manamana angkatan tentera tempatan atau angkatan tentera pelawat atau pasukan polis Malaysia atau Singapura atau mana-mana Kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan atau apaapa pakaian yang merupai atau mengandungi apa-apa lencana pasukan atau lain-lain lencana yang jelas bagi pakaian seragam itu atau apaapa tiruan warna terhadapnya jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit, dan apa-apa pakaian seragam, pakaian, lencana atau tanda tersebut boleh dilucut hak.

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan pemakaian pakaian seragam tersebut bagi maksud apa-apa pertunjukan pentas.

3. AKTA RAHSIA RASMI 1972 (AKTA 88).

SEKSYEN 9. (1) MENGGUNAKAN UNIFORM TANPA KUASA. Jika seseorang dapat masuk atau membantu seseorang lain supaya dapat masuk ke suatu tempat larangan melalui sesuatu yang lain daripada tempat masuk yang dibenarkan atau bagi maksud mendapat masuk, atau bagi membantu seseorang lain supaya  dapat masuk, ke sesuatu tempat larangan, atau bagi apa-apa maksud lain yang mudarat kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia:

  • Menggunakan atau memakai, tanpa kuasa yang sah, apa-apa uniform tentera laut, tentera darat, tentera udara, polis atau apa-apa uniform rasmi yang lain atau apa-apa uniform yang hampir-hampir serupa dengannya hingga mungkin memperdayakan, atau dengan palsunya merupakan dirinya sebagai seorang yang berhak atau telah berhak menggunakan atau memakai manamana uniform itu; maka dia adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Jelas sekali,memang wujudnya Akta dan perundangan yang melindungi serta mempertahankan hak-hak pemakaian tentera agar kredibiliti serta integriti perkhidmatan tidak tercemar atau dicemari. Itu belum kita kaitkan dengan isu ‘Stolen Valor‘ seperti yang dihadapi di Amerika Syarikat, yang mana ianya juga semakin menular di negara kita. ‘Stolen Valor‘ adalah istilah yang digunakan untuk tren di mana orang-orang awam memakai lambang atau lencana perkhidmatan yang tidak mereka perolehi atau layak memakainya, mengakui kononnya pernah berkhidmat di dalam perkhidmatan-perkhidmatan tertentu dalam angkatan tentera (secara amnya mengaku bahawa mereka adalah pesara tentera ataupun veteren!). 

Pakaian tentera yang disalahguna untuk fesyen

Jika isu orang awam yang gemar memakai pakaian tentera tidak dibendung kerana penguatkuasaan yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, tidak mustahil tidak lama lagi, akan timbullah golongan mereka yang mengaku veteran dan pesara, bekas-bekas anggota pasukan elit yang di dada mereka penuh dengan medal-medal yang dibeli di tepi-tepi jalan. Tidak mustahil juga, mereka yang telah benar-benar berkhidmat, bermandikan darah dan peluh mempertahankan kedaulatan negara dari dicerobohi akan menjadi second-class citizen, sebaliknya golongan yang ‘membeli’ semua ini demi kelangsungan kehidupan mereka yang superficial, disanjung sebagai pahlawan yang kononya benar-benar mengharumkan nama negara!

Artikel Berkaitan

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online