Rencana

OP MURNI Bantu Mangsa Banjir

[dropcap]A[/dropcap]ngkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa mengekalkan tahap kesiagaan tertinggi bagi menghadapi apa jua ancaman yang mendatang. Pengoperasian ATM tidak hanya terhad mempertahankan benteng pertahanan negara sahaja, malah turut membantu rakyat Malaysia terutamanya dalam menghadapi bencana alam. Salah satu operasi yang dilaksanakan adalah OP MURNI. Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan banjir besar yang melanda negara.  Bencana alam ini telah menjejaskan 5 buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor. Namun, bencana banjir yang melanda di Kelantan paling mendapat perhatian kerana mengakibatkan kemusnahan yang luar biasa dicatatkan. Ekoran daripada bencana itu, ATM telah diaturgerakkan bagi membantu mangsa banjir dengan melaksanakan operasi menyelamat, pemindahan penduduk ke kawasan selamat dan memberi bekalan  makanan kepada mangsa banjir. Dianggarkan lebih dari 5000 anggota ATM telah terlibat dalam operasi ini dan dari segi aturgerak aset pula, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengaturgerakkan sebanyak 89 trak 3 ton, 62 bot tempur, 57 enjin bot OBM, 27 Land Rover, 19 trak TATRA, 2 buah helikopter Agusta dan 13 dapur medan. Manakala bantuan aset dari Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) pula, 4 helikopter EC725, 2 helikopter Nuri dan pesawat Hercules C-130. Selain itu, Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) turut menggerakkan aset sebuah helikopter Fennec, sebuah helikopter Super Lynx dan 1 pasukan selam miliknya.

Selain ATM penglibatan dalam misi membantu mangsa banjir di lima buah negeri yang di landa banjir baru-baru ini turut di bantu oleh agensi-agensi kerajaan, NGO, individu perseorangan dan Masyaratkat Malaysia amya yang amat prihatin dalam operasi menyelamat, memindahkan penduduk tanpa mengira fahaman dan bangsa. Mereka turut berganding bahu bersama pasukan ATM menghulurkan bantuan tenaga, masa, barangan keperluan harian, pakaian, wang dan sebagainya untuk meringankan beban yang di tanggu oleh mansa-mangsa banjir. ATM menggunakan pelbagai cara bagi memastikan semua bantuan sampai kepada mangsa yang terlibat dengan banjir yang luarbiasa khususnya yang terperangkap di kawasan sukar mendapatkan bekalan. Kehadiran pasukan ATM dalam membantu bencana alam yang berlaku bukan sekadar menyalurkan bantuan, ATM turut dikerah mencari jika ada mangsa yang tidak dapat di pindahkan di kawasan penempatan sementara serta memastikan semua mangsa berada di kawasan selamat. Menyedari banjir kali ini di luar jangkaan, ATM sentiasa bersedia dengan aset serta pegawai dan anggota untuk memberikan bantuan. Jika ada yang terperangkap di bukit atau kawasan tidak selamat, ATM akan cuba mencari dan menyelamatkan penduduk-penduduk yang terlibat banjir. ATM sentiasa berusaha dalam apa jua bentuk keadaan untuk mencari penyelesaian terbaik bagi menghantar bantuan kepada mangsa dengan lebih berkesan. Terdapat kawasan yang paras airnya semakin meningkat dan menyukarkan trak ATM untuk menuju ke kawasan terbabit. ATM akan menggunakan pesawat udara bagi menghantar bantuan secara kerap ke tempat penempatan sementara mangsa-mangsa yang di landa banjir.

Bantuan yang diberikan bukan terhad kepada makanan, tetapi termasuk menyelamat dan memindahkan mangsa ke kawasan penempatan. Manakala mangsa-mangsa banjir yang terperangkap di kawasan tinggi sehingga menyukarkan kenderaan darat untuk melaluinya, TUDM akan menggunakan pesawat udara melalui tiga kaedah. Pertama, jika ada kawasan lapang, pesawat boleh mendarat, jika tiada kawasan lapang, pesawat hanya akan terbang rendah untuk memberi bantuan namun jika kedua-dua tidak dapat dilakukan ATM akan menggunakan kaedah winching. Sembilan pesawat milik TUDM, Tentera Darat Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia digunakan dalam misi menghantar bekalan makanan, ubat-ubatan dan bahan api. ATM mencuba sedaya upaya untuk memberi bantuan terbaik walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Walaupun menghadapi kesukaran dan cabaran dalam melaksanakan Op Murni, sumbangan seluruh warga ATM yang terlibat dalam membantu mangsa-mangsa banjir tidak dapat dinilai dengan harta benda dan wang ringgit. Segala pengorbanan, tenaga, masa para warga tentera yang terlibat dalam Op Murni adalah untuk berkhidmat kepada Negara, nusa dan bangsa.

Pelbagai sumbangan dihulurkan oleh ATM bagi meringankan beban serta ketidakselesaan yang dihadapi oleh mangsa bencana. Dari segi bantuan udara,  sebanyak 312 penerbangan ehsan bagi membawa 748.6 tan bekalan kepada mangsa-mangsa banjir. Antara bentuk barangan keperluan harian yang telah dihantar termasuk keperluan beribadah seperti telekung, sejadah dan tudung yang di sumbangkan oleh Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) dan Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (PWKM). Sumbangan berbentuk bantuan kepakaran juga telah dihulurkan dalam operasi ini bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada mereka yang telah ditimpa musibbah ini. Kepakaran-kepakaran lain yang terdapat dalam perkhidmatan TD dan telah di manfaatkan bagi membantu meringankan bebanan hidup harian masyarakat setempat termasuk pembinaan jambatan untuk menghubungkan negeri-negeri yang terjejas akibat banjir. Amat jelas TD berupaya membantu rakyat dalam apa juga keadaan dalam waktu aman. ATM bukan sahaja menjadi benteng pertahanan Negara malah menjadi aset untuk membantu dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

Seluruh warga ATM akan terus menyumbang khidmat bakti tidak kira dimana mereka berada selagi hayat dikandung badan. Disebalik bencana alam yang melanda ada hikmat disebaliknya. ATM akan terus menabur bakti dan khidmat serta mempertahankan kedaulatan Negara dimasa perang dan aman kerana Rakyat dan tentera sama sekali tidak akan berpisah. Tanggungjawab sosial ATM kepada Negara akan terus dipertingkatkan, sesuai dengan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.

Artikel Berkaitan

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online