Tag: Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain

  • 350 Wira Negara Terima PJM

    350 Wira Negara Terima PJM

    PAHANG: Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada mereka yang menerima Anugerah Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang merupakan salah satu penghargaan kerajaan terhadap jasa bakti yang telah dicurahkan terutamanya semasa darurat menentang komunis.

    Beliau berkata, PJM adalah merupakan campaign medal yang telah dizahirkan berdasarkan undang-undang bertulis yang telah diluluskan oleh parlimen semenjak 3 Mac 2004 dan telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong.

    “Majlis yang diadakan pada hari ini merupakan majlis penganugerahan yang pertama diadakan pada tahun ini dan sehingga kini seramai 28,971 warga Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima PJM.

    “Selain itu, beberapa inisiatif untuk Veteran ATM telah dilaksanakan antaranya adalah penubuhan Pusat Perkhidmatan Setempat atau One-Stop-Centre Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) bagi memudahkan penyampaian perkhidmatan kepada Veteran ATM.

    “Kerajaan sememangnya komited untuk menjaga hal ehwal kebajikan dan sosioekonomi Veteran ATM”, tegas beliau sewaktu menyempurnakan Majlis Penganugerahan PJM peringkat Negeri Pahang yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuantan pada 3 Apr 2021.

    Tambahnya lagi, Kementerian Pertahanan juga telah memperuntukkan kuota sebanyak 30 peratus kepada anak veteran ATM untuk belajar di Maktab Rendah Sains Mara Angkatan Tentera Malaysia (MRSM ATM) di Bera.

    Pada masa yang sama, seramai 350 orang penerima PJM yang terdiri Perwira dan Bintara Veteran ATM yang berkhidmat bermula 1 Jan 1969 sehingga 17 Okt 1990 atau lebih dikenali sebagai Perkhidmatan Semasa Darurat Kedua atau tempoh yang terlibat dalam memerangi Pengganas Komunis Malaya.

    Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain, Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

  • 56 Tahun Mendewasakan Warga Wanita Dalam TD – PTD

    56 Tahun Mendewasakan Warga Wanita Dalam TD – PTD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menyatakan bahawa tempoh masa 56 tahun telah mendewasakan warga wanita dalam Tentera Darat (TD) sehingga mereka dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan seperjuangan berlainan jantina.

    Meskipun penglibatan wanita dalam bidang ketenteraan bermula dengan angka yang amat kecil iaitu seramai 40 orang namun angka tersebut kini meningkat sehingga mencapai 6.3 peratus daripada keseluruhan warga TD.

    “Peningkatan angka menunjukkan tahap kepercayaan tinggi yang diberikan kepada pegawai dan anggota wanita untuk sama-sama menabur bakti kepada nusa dan bangsa,” kata PTD ketika berucap sempena Majlis Perasmian Hari Wanita Tentera Darat Ke-56 di Auditorium Kementerian Pertahanan pada 30 Mac 2021.

    Tambah PTD lagi, beliau berkehendakkan agar Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) Wanita dilantik menganggotai jawatankuasa ini sebagai penghubung membawa permasalahan anggota wanita ke peringkat yang lebih tinggi.

    “Perkara ini perlu dilaksanakan segera bagi meamstikan kebajikan anggota wanita sentiasa terpelihara sebagaimana digariskan dalam tonggak ketiga perintah ulung saya.

    “Seiring dengan tema sambutan Hari Wanita Tentera Darat pada tahun ini, Wanita Waja: Wanita Bangkit Mendepani Cabaran, saudari sekalian haruslah berani untuk mencuba sesuatu yang baru dan bersedia meningkatkan keupayaan diri agar menjadi lebih terampil dan cemerlang pada masa akan datang,” ujar PTD.

    Terdahulu ketibaan PTD disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Tentera Darat (JKHEWTD), Lt Kol Maslina Abu Said bersama barisan Ahli Jawatankuasa.

    Majlis diserikan lagi dengan dua orang srikandi Wanita TD yang mengharumkan nama TD khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan yang menerima Pisau TD atas pencapaian cemerlang serta luar biasa dalam perkhidmatan.

    Penerima pertama, Mej Noorsyahiddawati Abdullah Sani pegawai wanita Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) yang merupakan bekas pesilat negara dan diikhtiraf sebagai Pegawai Wanita Pertama menerima Anugerah Sukan Tentera Malaysia (MSAT) pada tahun 2019 dengan penganugerahan Pingat Perak.

    Beliau berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat emas di dalam Pertandingan Pencak Silat Asia Pasific Masters Games Tahun 2019 dalam Kategori Ganda Putri.

    Manakala penerima kedua adalah Kpl Nurul Farhanah Johari anggota wanita Kor Perkhidmatan Am (Bahagian Kerani) merupakan ahli Tim Angkat Berat Wanita ATM yang berjaya memenangi tiga pingat emas dan turut memecahkan rekod kebangsaan ketika bertanding di dalam Kejohanan Sukan Asian Championship Kazakhstan pada tahun 2019.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Muhammad Ab Rahman, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Hj Subari Hj Tomo dan AKS Cawangan Sumber Manusia merangkap Penasihat Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Tentera Darat (JKHEWTD), Mej Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi.

    Gambar: LKpl Mohammad Shahrun Nizam Mohamad Radzuan

  • Semangat Baharu Sjn Mohd Azalan Mohd Zain

    Semangat Baharu Sjn Mohd Azalan Mohd Zain

    PAHANG:  Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain mengiringi Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam Lawatan Kebajikan melawat seorang anggota Tentera Darat (TD) di Felda Sebertak pada 6 Mac 2021.

    Setahun yang lepas, Kpl Mohd Azalan Mohd Zain dari 91 Rejimen Bantuan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kehilangan kaki kiri serta menyukarkan beliau untuk bertugas sebagai seorang anggota tentera.

    Beliau hampir berputus asa namun sokongan dari keluarga serta rawatan yang diterima menyebabkan beliau terus bangkit dan bersemangat untuk kembali bertugas setelah menerima kaki palsu dari Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan.

    Dalam lawatan tersebut, Menteri Kanan Pertahanan menyerahkan kaki palsu serta menyempurnakan pemakaian pangkat Sjn kepadanya disaksikan oleh PTD.

    Beliau sangat terharu serta berterima kasih di atas penghargaan serta keprihatinan yang diberikan oleh Menteri Kanan Pertahanan dan PTD terhadapnya.

    Selain itu, Menteri Kanan Pertahanan turut menyarankan supaya beliau terus bekerja semula setelah serasi menggunakan kaki palsu dan disokong oleh PTD.

    Beliau juga berikrar akan membuktikan bahawa dirinya mampu bekerja semula walaupun keadaan dirinya tidak seperti dahulu.

    “Saya akan buktikan dengan keadaan seperti sekarang saya mampu kembali bekerja dan semangat ingin bekerja kian membara dalam diri saya walaupun dengan kaki palsu,” katanya.

  • TD Perkukuh Sistem Operasi Siber

    TD Perkukuh Sistem Operasi Siber

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menyempurnakan Majlis Pelancaran 99 Rejimen Semboyan Peperangan Siber (99 RSPS) bertujuan memperkasakan keupayaan dan kesiagaan menghadapi cabaran serta ancaman siber dari pelbagai domain pada 2 Mac 2021.

    Misi utamanya adalah untuk menguasai domain siber bagi mencapai objektif Peperangan Informasi Tentera Darat (TD) yang merangkumi operasi di dua wilayah sama ada di dalam masa aman, konflik atau peperangan.

    Pada masa kini, era transformasi digital yang mengubah landskap peperangan dan pengadaptasian keupayaan kinetik dan bukan kinetik adalah langkah penting dalam permodenan sistem pertahanan sesebuah negara.

    Mengambilkira perolehan aset dan sistem terkini, TDM akan terus berusaha untuk memperkukuh, mempertahankan dan mengintegrasikan Sistem Command, Control, Communication, Computer, Inteligence, Reconnaissance and Targetting (C4ISRT).

    Terdahulu PTD ditaklimatkan berkenaan Sistem Operasi Siber Taktikal dan acara diakhiri dengan PTD melakukan lawatan tapak bangunan baharu Pusat Operasi Siber TD di kawasan berhampiran.

    Perasmian ini merupakan insiatif yang mendukung Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Keutuhan Organisasi.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul dan Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • 73 SS GAPU Diperkasa Dengan Penempatan Baharu

    73 SS GAPU Diperkasa Dengan Penempatan Baharu

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menyempurnakan perasmian Kompleks 73 Skuadron Semboyan Gerup Artileri Pertahanan Udara (73 SS GAPU) sempena Hari Tentera Darat (HTD) Ke-88 di Sg Besi pada 2 Mac 2021.

    Kompleks ini merupakan pembinaan bangunan baharu untuk menempatkan pasukan ke lokasi baharu bagi memberi laluan pada projek pembinaan rumah Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) yang berhampiran dengan Lebuhraya Middle Ring Road 2 (MRR2).

    Projek pembinaan kompleks ini secara One-To-One Basis bernilai RM 14.7 juta melibatkan 10 bangunan yang lengkap dengan kemudahan fasilitas sekaligus merintis kepada Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga.

    Seterusnya, PTD diiringi oleh Ketua Skuadron 73 SS GAPU bagi menyempurnakan acara menanam pokok sebagai tanda simbolik bagi perasmian tersebut.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul dan Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • TD Komited Bantu Kerajaan Dan Rakyat Dalam Apa Jua Situasi – PTD

    TD Komited Bantu Kerajaan Dan Rakyat Dalam Apa Jua Situasi – PTD

    NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menegaskan bahawa Tentera Darat (TD) sentiasa komited dalam membantu kerajaan dan rakyat dalam apa jua situasi tidak kira bencana alam mahu pun bencana kesihatan serta sentiasa bersedia bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain.

    Ini terbukti melalui kerjasama yang dijalin dalam mencegah penularan wabak COVID-19 melalui pelaksanaan OP PENAWAR dan OP BENTENG dimana penglibatan TD dalam kedua-dua operasi menampakkan kejayaan yang sangat signifikan.

    “Pada hari ini, kita berada dalam era peperangan generasi kelima yang menuntut TD mengimbangi keupayaan bagi menghadapi ancaman bersifat multidomain dan kompleks.

    “Strategi serta pendekatan baru lebih menyeluruh perlu diambil bagi menangani ancaman yang pelbagai bersesuaian dengan keperluan semasa, maka strategi pertahanan berkonsepkan Whole of Government dan Whole of Society telah dirangka,” kata PTD dalam perutusannya semasa Perbarisan Sambutan Hari Tentera Darat (HTD) Ke-88 di Padang Kawad Pusat Asas Latihan Tentera Darat (PUSASDA) pada 1 Mac 2021.

    Tambah PTD lagi, selaras dengan konsep Whole of Government dan Whole of Society maka sambutan HTD Ke-88 pada tahun ini bertemakan Sinergi Tentera Darat dan Rakyat: Tunjang Kedaulatan Negara dipilih bersesuaian dengan komitmen TD yang mengutamakan kerjasama antara TD dengan pihak kerajaan dan masyarakat.

    “TD telah diberi kepercayaan oleh kerajaan dalam pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi menyelaras Program Vaksinasi COVID-19 di seluruh negara dimana Timbalan Panglima Tentera Darat dilantik sebagai Pengarah Projek Bersama dalam Project Management Team untuk COVID-19 Immunisation Task Force.

    “Secara peribadi saya mengucapkan penghargaan kepada kerajaan kerana menaruh kepercayaan yang tinggi kepada TD di dalam melaksanakan program berimpak tinggi seperti ini.

    “Kerjasama TD dan rakyat juga turut dibuktikan melalui Program Jiwa Murni (PJM) yang melibatkan usaha membaik pulih kediaman serta kemudahan awam dimana perlaksanaan pelbagai PJM ini jelas mencerminkan perhubungan yang erat antara TD, agensi-agensi kerajaan dan rakyat,” jelas PTD.

    Beliau turut menyatakan selain daripada peranan yang dimainkan oleh TD, rakyat juga boleh turut sama memainkan peranan masing-masing membantu TD dalam mempertahankan kedaulatan negara dimana sumbangan daripada rakyat amat diperlukan bagi TD menangani ancaman yang datang dari pelbagai sudut.

    “Tahun 2021 merupakan tahun pengukuhan bagi TD dan saya berkehendakkan agar tumpuan diberi kepada usaha meningkatkan kesiagaan termasuk di dalam aspek keselamatan juga dalam pelaksanaan operasi dan latihan.

    “Saya menyeru kepada seluruh peringkat pemerintahan TD untuk terus melaksanakan pelan-pelan tindakan yang dirangka bagi mencapai perintah ulung PTD Ke-28,” tegas PTD.

    PTD turut mengajak seluruh warga TD untuk bersatu serta menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada TD dan semoga keteguhan kesatuan yang dimiliki ini dapat menjadikan TD terus cemerlang mengharungi cabaran yang mendatang serta berupaya menjadi sebuah ketumbukan yang mendapat pengiktirafan kerajaan dan rakyat.

    Terdahulu, PTD menerima tabik hormat dari kontinjen perbarisan yang berkonsepkan Perbarisan Statik Tempur terdiri daripada 120 pegawai dan 856 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD), Kol Zumadi Ariffin.

    Buat julung kalinya sambutan HTD Ke-88 diadakan secara sederhana dan berskala kecil bagi memastikan pematuhan norma-norma baharu sebagaimana digariskan di dalam Prosedur Tetap Operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan.

    Walau bagaimanapun seluruh warga TD di negara ini termasuk yang sedang bertugas di luar negara dapat menyaksikan acara perbarisan ini secara langsung menerusi media sosial rasmi TD.

    Acara dimulakan dengan perbarisan masuk padang oleh enam detasmen iaitu Detasmen Tempur, Detasmen Grup Gerak Khas, Detasmen 10 Bgd Para, Detasmen Bantuan Tempur, Detasmen Bantuan Khidmat dan Detasmen Wanita TD.

    PTD turut menyempurnakan penyampaian sijil kepujian dan kecemerlangan serta melancarkan Pelan Pembangunan Keupayaan Strategik Tentera Darat (Army 4NextG) dan Buku Panduan Sistem Pengurusan Strategik Tentera Darat (SPS TD).

    Sijil Kepujian OP BENTENG dianugerahkan kepada pasukan yang merekodkan kejayaan ketika pelaksanaan operasi di sempadan iaitu Batalion Keempat Rejimen Sempadan (4 RS) berjaya merampas dadah yang cuba diseludup bernilai RM 16.08 juta.

    Manakala Rejimen Pertama Kor Armor Diraja yang melaksanakan OP MERPATI berjaya menangkap seramai 357 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sepanjang tempoh operasi dan Batalion Ke-23 RAMD ketika melaksanakan OP Kota B/C/D dan OP PAGAR 2 telah berjaya mencatatkan nilai rampasan barang seludup berjumlah RM 1.36 juta.

    Sijil Pelaksanaan PJM pula merupakan pelantikan khas kepada Ketua Jurutera TD yang akan menerajui dan mengkoordinasikan PJM sempena HTD Ke-88 pada tahun ini.

    Pelan Pembangunan Keupayaan Strategik TD (Army 4NextG) 2021-2050 merupakan pelan strategik jangka masa panjang berdasarkan keupayaan TD beroperasi secara serentak di dua wilayah.

    Ianya didukung oleh pengurusan pembangunan keupayaan sistematik dengan tumpuan berdasarkan matlamat keupayaan detection, survive and strike, sustainment, protection dan nation building.

    Army 4NextG akan menyediakan TD untuk menjadi sebahagian daripada angkatan masa hadapan yang berupaya melaksanakan tugas dalam persekitaran pelbagai domain.

    Pelancaran Buku Panduan Sistem Pengurusan Strategik TD 2021-2025 merupakan sebagai rujukan dan panduan kepada semua lapisan pemerintahan TD bagi mencapai visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan berdasarkan nilai-nilai serta elemen yang terkandung dalam Pelan Strategik TD dan ia juga mendokong Kertas Putih Pertahanan, Pelan Strategik MINDEF, Sistem Pengurusan Strategik ATM 2021-2025, 4D MAF dan Army 4NextG 2021-2050.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Lt Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.


    Gambar: Sjn Saiful Fazley Rusli, Pbt Mohammad Shukri Suhaimi, Pbt Mohammad Fadzil Akirul, Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi dan Saifun Hakimi Zainon

    « 3 of 3 »
  • Anggota TD Diberi Vaksin Bermula 8 Mac – PTD

    Anggota TD Diberi Vaksin Bermula 8 Mac – PTD

    NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menjelaskan anggota Tentera Darat (TD) yang bertugas sebagai barisan hadapan akan diberi suntikan vaksin secara berperingkat bermula 8 Mac 2021.

    “Kita akan buat secara berperingkat untuk lebih 26,000 anggota TD mengikut keutamaan penugasan,” jelas PTD ketika Sidang Media Sempena Perbarisan Perutusan Hari Tentera Darat Ke-88 di Pusat Asas Latihan Tentera Darat pada 1 Mac 2020.

    Tambah PTD lagi, beliau bersama 28 pegawai kanan TD sudah diberi suntikan vaksin untuk permulaan pada 26 Feb 2021 dan akan diberikan tidak lama lagi kepada petugas barisan hadapan.

    “Tidak ada yang perlu dirisaukan dan saya boleh terus bertugas sebagai Panglima Tentera Darat sehingga hari ini dan tidak ada kesan sampingan,” ujarnya.

    Beliau berharap program suntikan vaksin akan diteruskan terutama kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • Program Vaksinasi COVID-19 Kementerian Pertahanan

    Program Vaksinasi COVID-19 Kementerian Pertahanan

    KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama dalam Program Vaksinasi Peringkat Kementerian Pertahanan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT Tuanku Mizan) pada 26 Feb 2021.

    Program ini berlanjutan daripada Fasa 1 Program Immunisasi COVID-19 Nasional bagi melindungi barisan hadapan yang terdiri daripada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    Ketibaan Menteri Kanan Pertahanan di HAT Tuanku Mizan disambut oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM bersama Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain yang turut disenaraikan sebagai penerima vaksin pertama COVID-19 ATM.

    Menteri Kanan Pertahanan kemudian dibawa melalui lima stesen saringan untuk menjalani proses vaksinasi termasuk melalui saringan gejala, suhu dan stesen pemerhatian selepas diberikan suntikan vaksin COVID-19.

    ATM telah menerima sebanyak 10,530 dos daripada 84,240 dos vaksin bagi 42,120 anggota untuk Fasa 1 dimana ianya disimpan di empat Pusat Simpanan Vaksin ATM di 93 Depoh Perubatan dan Pergigian, HAT Tuanku Mizan, HAT Terendak, HAT Pangkalan Lumut dan Hospital Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kota Kinabalu.

    Kumpulan sasar pertama penerima vaksin adalah anggota Perkhidmatan Kesihatan ATM, anggota ATM yang bertugas di OP PENAWAR, OP BENTENG, Misi Luar Negara di UNIFIl dan Pasukan Pemerhati Antarabangsa di Mindanao.

    Program vaksinasi Fasa 1 warga ATM dijangka dapat diselesaikan pada 30 Apr 2021 dan baki 79,041 pegawai dan anggota ATM akan menerima vaksin di dalam fasa kedua.

    Selain itu seramai 20 pegawai kanan TD dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang bertugas di Markas Tentera Darat menerima suntikan vaksin pada hari bersejarah ini.

    Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal Hj Abdul Samad TUDM.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

  • Kebijaksanaan Pemimpin Mempengaruhi Keutuhan Organisasi – PTD

    Kebijaksanaan Pemimpin Mempengaruhi Keutuhan Organisasi – PTD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menegaskan kepada pegawai kanan yang baharu dinaikkan pangkat bahawa ciri-ciri kebijaksanaan atau wisdom amat perlu dalam pelaksanaan penugasan khususnya dalam Managing Resources di tempat baharu kerana ianya sangat penting bagi menentukan kelangsungan sesebuah organisasi pertahanan.

    “Saya menyeru kepada saudara untuk membina ciri-ciri kepimpinan ketenteraan seterusnya dapat mempamerkan mutu kerja yang lebih tinggi dan membanggakan Tentera Darat (TD).

    “Kenaikan pangkat ini akan memberi ruang yang lebih luas dalam melaksanakan segala kebaikan dan kebajikan khususnya di tempat baharu sekaligus bersesuaian dengan konsep Pelestarian Kesejahteraan Warga yang memberi penumpuan kepada peningkatan kualiti hidup warga tentera,” jelas PTD.

    PTD berkata demikian semasa ucapan beliau dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 24 Feb 2021.

    Tambahnya lagi, prinsip dan tindakan berdasarkan profesional ketenteraan perlu diterapkan dan diamalkan agar kita dihormati dan disanjung di dalam mahupun di luar organisasi.

    Sebelum mengakhiri ucapan, PTD merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para isteri yang tidak pernah jemu memberi dorongan dan sokongan kepada pasangan masing-masing.

    Terdahulu PTD telah menyempurnakan acara pemakaian pangkat melibatkan seramai enam pegawai kanan didahului dengan Brig Jen Dato’ Dr Mohd Kenali Basiron yang dinaikkan pangkat Mej Jen dan akan menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf (AKS) MK TD – Cwg Log.

    Majlis diteruskan dengan tiga pegawai kanan dinaikkan pangkat Kol ke Brig Jen iaitu Kol Hasanudin Ab Ghani, Kol Hamdan A. Samad dan Kol Othman Mustaffa manakala dua pegawai dinaikkan pangkat dari Lt Kol ke Kol.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • 26,500 Anggota TD Terima Vaksin COVID-19

    26,500 Anggota TD Terima Vaksin COVID-19

    NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menjelaskan bahawa seramai 26,500 anggota Tentera Darat (TD) akan menerima vaksin fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di seluruh negara.

    “TD akan mengutamakan mereka yang bertugas sebagai barisan hadapan dan apabila dibuat pengiraan seramai 26,500 anggota akan mendapat vaksinasi di peringkat pertama dan memfokuskan kepada anggota yang beroperasi di kawasan zon merah.

    “Saya serahkan kepada pihak teknikal bahagian kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mendefinasikan siapa anggota yang berada di zon merah,” jelas PTD.

    Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 192/2020 dan Wanita Siri 46/2020 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 20 Feb 2021.

    Menurut beliau lagi, setiap anggota akan menerima dua dos suntikan yang mana jika 26,500 anggota terlibat pihak TD akan diberi sebanyak 52,000 dos untuk dilaksanakan.

    PTD berharap dengan kerjasama dari semua pihak, anggota yang bertugas di barisan hadapan di zon merah akan mendapat vaksin secepat mungkin.

    Selain itu beliau turut menyatakan bahawa TD sentiasa bersiap sedia sekiranya diperlukan dalam membantu menjaga keselamatan vaksin COVID-19 sebaik sahaja tiba di negara termasuk di pusat-pusat simpanan vaksin di seluruh negara.

    “Walaubagaimanapun dalam peringkat pertama ini hanya anggota polis yang menerima dan akan menghantar vaksin-vaksin ke kawasan-kawasan simpanan.

    “Anggota tentera tidak terlibat tetapi semua berada dalam keadaan siap sedia sekiranya diperlukan dan akan diaturgerakkan,” jelas beliau.

    Turut hadir semasa Sidang Media, TPTD, Lt Jen Dato’ Mohammad Abdul Rahman dan Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Nazari Abd Hadi.

    Gambar: Pbt Pbt Mohammad Fadzil Akirul