Tag: Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain

  • Aset Baharu Pertingkatkan Kesiagaan TD

    Aset Baharu Pertingkatkan Kesiagaan TD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain, telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Motosikal Scrambler 250cc bertempat di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentonmen pada 17 Feb 2021.

    Tentera Darat (TD) menerima kira-kira 180 buah Motosikal Scrambler 250cc di bawah Perolehan Rolling Plan Keempat bagi kegunaan operasi.

    Sejurus selesai taklimat pengoperasian kenderaan yang disampaikan oleh Pengarah Syarikat Kawasaki Motors Sdn Bhd, Dato’ Jefry Lim dan PTD telah dipertontonkan dengan demonstrasi tunggangan Motosikal Scrambler tersebut yang dipersembahkan oleh The Army Red Warrior Motorcycle Team.

    Seterusnya, majlis penyerahan kenderaan tersebut telah disempurnakan dengan penyerahan Replika Kunci Motosikal Kawasaki kepada PTD sebagai simbolik penyerahan Motosikal Scrambler tersebut kepada TD.

    Majlis ini telah dilaksanakan secara ringkas dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan kerajaan.

    Justeru, dengan penerimaan aset baharu ini bertepatan dengan salah satu penumpuan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 Kelangsungan Misi Dan Kesiagaan iaitu penumpuan kepada perolehan dan penyelenggaraan aset-aset bagi memastikan kesiagaan tempur TD berada di tahap terbaik untuk sebarang aturgerak operasi.

    Turut hadir, Panglima Logistik Tentera Darat, Mej Jen Muhammad Ariff Soo Abdullah dan Pegawai Kanan TD.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

  • Pengorbanan Anggota Keselamatan Semasa COVID-19 Demi Kesejahteraan Rakyat – Menteri Kanan Pertahanan

    Pengorbanan Anggota Keselamatan Semasa COVID-19 Demi Kesejahteraan Rakyat – Menteri Kanan Pertahanan

    KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan tindakan lebih tegas akan diambil tanpa kompromi selepas 4 Feb ini terhadap mana-mana individu yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19.

    “Sejak PKP diumumkan, tugas utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya Tentera Darat (TD) adalah membantu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan Sekatan Jalan Raya (SJR) yang mana ianya adalah untuk kesejahteraan rakyat.

    “Anggota keselamatan memberi pengorbanan yang besar kepada rakyat sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

    “Ini dapat dilihat dengan jelas melalui penglibatan mereka dalam Op PENAWAR dan Op BENTENG,”jelas beliau.

    Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membuat tinjauan ke SJR Jalan Pasar Sentul dan Plaza Tol Gombak pada 1 Feb 2021.

    Tambah beliau lagi fokus utama ATM dalam OP BENTENG dan OP PENAWAR adalah kawalan sempadan negara dan daerah untuk membendung kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) selain dapat menghalang mereka yang mungkin menjadi pembawa aktif penyakit COVID-19.

    “Saya pergi sendiri melihat anggota keselamatan kita bertugas di sempadan negara, di dalam hutan tebal, mereka sanggup menjaga nyawa dan juga keselamatan kita.

    “Inilah pengorbanan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan dalam waktu PKP ini,” katanya.

    Selain itu beliau menegaskan kompaun RM1000 untuk sesiapa yang melanggar SOP mungkin besar bagi rakyat namun nilainya terlalu rendah jika dikenakan kepada syarikat-syarikat.

    Selain itu Ordinan Darurat juga akan dipinda dari segi perumahan pekerja asing yang merupakan antara punca peningkatan kes COVID-19.

    “Ordinan Darurat akan dipinda untuk memastikan majikan menyediakan tempat tinggal yang baik kepada pekerja asing mereka dan Ordinan Darurat boleh melakukan perkara itu,” tegasnya.

    Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan diberi taklimat ringkas mengenai pengoperasian serta melihat sendiri keadaan dan kesiapsiagaan anggota pasukan yang terlibat dalam operasi SJR diiringi Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain.

    Lawatan diakhiri dengan penyampaian sumbangan bantuan makanan dan peralatan kepada petugas-petugas di pos SJR.

    Turut hadir, Ketua Setiausaha Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran, Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Polis Datuk Saiful Azly Hj Kamaruddin, Panglima 11 Bgd, Brig Jen Noorrul Azril Ariffin dan Panglima 12 Bgd, Brig Jen Isa Daud.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

  • Perasmian Lapang Sasar 25 M TD

    Perasmian Lapang Sasar 25 M TD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain mengiringi Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM menyempurnakan Perasmian Lapang Sasar Tertutup 25 Meter di Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) pada 27 Jan 2021.

    Lapang Sasar Tertutup 25 m ini, dicetuskan oleh PTD bagi menggantikan Lapang Sasar Terbuka yang sedia ada di 1 RAMD yang merupakan Lapang Sasar Tertutup pertama yang dibina dalam TD.

    Pelbagai kemudahan disediakan di lapang sasar ini seperti lapan Shooting Booth yang dilengkapi dengan Target Retrieval System untuk aktiviti menembak bagi jarak 5 ke 25 m dan juga terdapat VIP Lounge, Lounge, Bilik Kawalan, Bilik Peluru, Pantri dan tandas yang disediakan bagi memudahkan pentadbiran Lapang Sasar Tertutup ini.

    Terdahulu, PTD telah ditaklimatkan berhubung hal keselamatan serta tatacara penggunaan pistol ketika latihan dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

    Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Ketua Staf MK ATM, Lt Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

  • Keperitan Hidup Kpl Siti Azizon Terbela

    Keperitan Hidup Kpl Siti Azizon Terbela

    KUALA LUMPUR: Panglima Latihan Tentera Darat (PL TD), Mej Jen Dato’ Nazari Abd Hadi mewakili Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain melakukan Lawatan Kebajikan ke atas Kpl Siti Azizon Mohamad di kediamannya pada 27 Jan 2021.

    Ini berikutan artikel yang dikeluarkan oleh Malaysia Gazette yang menceritakan keperitan hidup Kpl Siti Azizon Mohamad yang telah tular di media sosial pada 14 Jan 2021.

    Semasa sidang media, PL TD menjelaskan keadaan Kpl Siti Azizon Mohamad berpunca setelah kematian adik perempuannya.

    “Apa yang berlaku kepada beliau, berpunca daripada kematian arwah adiknya yang mana beliau merupakan anak sulung dan telah mengambil tanggungjawab untuk menanggung anak, anak saudara, ibu dan adik bongsunya.

    “Jadi, apabila dapat tahu kami terus bertindak kerana Tentera Darat (TD) sentiasa menjaga kebajikan anggotanya dari semasa ke semasa sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga yang menekankan kebajikan setiap warga TD,” jelas PL TD.

    Kpl Siti Azizon Mohamad merupakan anggota Kor Perkhidmatan Am (Kerani) yang mana pasukan terakhirnya ialah di Pusat Latihan Muzik Tentera Darat (PUZIDA).

    Beliau kini sedang menjalani Kursus Latihan Peralihan di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dengan mengikuti Kursus Usahawan Food Court bermula 6 Okt 2020 hingga 5 Apr 2021 dan seterusnya akan menamatkan perkhidmatan di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 31 Jul 2021.

    Hasil dari perkahwinannya, beliau dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu dua perempuan dan dua lelaki, walaubagaimanapun beliau telah bercerai dengan pasangannya pada 8 Nov 2017.

    Sebelum tinggal dirumah sewa beliau telah diperuntukkan dan menetap di kediaman Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), Kem Perdana Sungai Besi pada 19 Nov 2018.

    Akibat dari penceraian dan berstatus ibu tunggal, beliau telah menyara empat anak kandung bersama ibunya malah adik perempuan beliau yang mempunyai lima orang anak juga menumpang di RKAT bersamanya akibat dari penceraian rumahtangga.

    Pada Dis 2019, adik perempuan Kpl Siti Azizon Mohamad telah meninggal dunia akibat daripada jangkitan kuman dalam darah menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk menjaga kelima-lima anak arwah adiknya untuk tinggal bersama di RKAT.

    Pada 6 Okt 2020 beliau mengambil keputusan untuk menyewa rumah di luar dengan bayaran sewaan bulanan sebanyak RM 1000 sebulan di atas beberapa faktor bagi memudahkan urusannya.

    Permasalahan ini lebih menjurus kepada masalah kekeluargaan disebabkan tanggungan melebihi kemampuan yang mana beliau perlu menyara ibu, adik bongsu dan juga anak saudara seramai lima orang dengan hanya satu punca pendapatan yang menjadi penyebab kesempitan hidupnya ditambah pula anak sulungnya merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

    Lanjutan dari tu, TD mengambil inisiatif menyantuni serta melakukan Lawatan Kebajikan terhadap Kpl Siti Azizon Mohamad bagi membantu meringankan beban dan masalah yang dihadapi oleh anggota tersebut.

    Terdahulu sebelum tularnya keperitan beliau, TD telah menyokong kenaikan pangkat Kpl pada 1 Nov 2020 dan sedang menguruskan sumbangan dari Tabung Kebajikan Angkatan Tentera – Tabung Sejambak Kasih dimana bantuan ini diberikan kepada anggota atau waris yang menghidap penyakit kronik sebanyak RM 500 secara one off.

    Selain itu, TD juga sedang menguruskan Tabung Zakat ATM melibatkan bantuan kewangan sebanyak RM 600 setiap tahun kepada anggota yang memerlukan.

    Dalam masa yang sama TD juga dalam proses membaik pulih kediaman Kpl Siti Azizon Mohamad di Machang, Kelantan yang akan dilaksanakan oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2021 dengan kos pembaikan berjumlah RM 15 ribu yang ditanggung oleh Kementerian Pertahanan.

    Setelah itu, beliau akan berpindah ke kediamannya dan meneruskan Kursus Peralihan di Kelantan sehingga 31 Jul 2021.

    Menteri Kanan Pertahanan juga bersetuju memberi sumbangan secara peribadi melibatkan bayaran sewaan rumah yang didiaminya sekarang sebanyak RM 1000 sehingga rumah di Machang siap dibaik pulih.

    Dari semasa ke semasa, Menteri Kanan Pertahanan juga akan memberi bantuan keperluan makanan kepada beliau mengikut keperluannya.

    Pada masa yang sama PL TD turut menasihati warga TD yang memiliki masalah hidup jangan menyembunyikan hal tersebut untuk diri sendiri.

    Jelas beliau, dalam pasukan terdapat ketua dan mereka perlu mengadu masalah yang dihadapi walaupun bersifat peribadi.

    “Kadang-kadang perkara yang melibatkan peribadi kita tidak tahu tetapi dalam kes Siti Azizon kita tahu anaknya empat orang dan tidak tahu beliau menjaga anak saudara lima orang termasuk ibu dan adiknya.

    “Apabila ada masalah kekeluargaan sebegini, beliau telah menanggung lebih daripada jumlah gaji itu dan beliau pun tidak memberitahu kita.

    “Sekiranya ada di kalangan warga TD yang menghadapi masalah sedemikian, jangan simpan untuk diri sendiri sebaliknya kita ada pegawai, Pegawai Pemerintah dan Komandan, jadi kita akan bantu dan tidak akan biar warga kita hadapi masalah,” katanya.

    Gambar: Pbt Mohammad Shukri Suhaimi

  • Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Kehormat TD

    Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Kehormat TD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Tauliah Kehormat Askar Wataniah (AW) bertempat di Penthouse, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 4 Jan 2021.

    Terdahulu, Seramai 11 pegawai kanan kehormat Askar Wataniah (AW) dianugerahkan tauliah Kol dan Lt Kol dalam Angkatan Sukarela Persekutuan.

    Majlis dimulai dengan enam pegawai menerima Penganugerahan Tauliah Kol Kehormat didahului Timb Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Seri Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki dilantik sebagai Komander Rej 510 AW, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Hj Azmi Rohani dilantik sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Johor, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim dilantik sebagai Pengerusi JAKPAW Perak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato Abdul Razak Jaafar dilantik sebagai Pengerusi JAKPAW Pulau Pinang, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai Komander 70 Rej Pakar Janaelektrik RAJD (AW) dan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Mohamed Ridza Wahiddin dilantik sebagai Komandan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) USIM.

    Seterusnya, Timb Ketua Setiausaha Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Wan Ahmad Uzir Hj Wan Sulaiman dianugerahkan Lt Kol Kehormat dan dilantik sebagai Timb Pengerusi JAKPAW Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Majlis diakhiri dengan tiga pegawai AW dinaikkan pangkat dari Mej ke Lt Kol dimulai Mej Azahari Jaafar dilantik sebagai Peg Memerintah Batalion Ketiga Rej 501 AW, Mej Hj Ahmadi Ahmad Hanapiah dilantik sebagai Peg Memerintah Batalion Ketiga Rej 503 AW dan Mej Khairuddin Ishak dilantik sebagai Peg Memerintah Batalion Kedua Rej 509 AW.

    Turut hadir, TPTD, Lt Jen Dato’ Muhammad Ab Rahman, Pemangku PMBTD, Mej Jen Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran, Ketua Staf TD, Mej Jen Dato’ Subari Hj Tomo dan Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Dato’ Hj Zawawi Hj Adam.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

  • 1 RRD Kini Batalion Infantri Istiadat

    1 RRD Kini Batalion Infantri Istiadat

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain telah menyempurnakan Pengisytiharan Batalion Pertama Rejimemn Renjer Diraja (1 RRD) sebagai Batalion Infantri Istiadat di Padang Kawad 1 RRD, Kem Wardieburn pada 15 Dis 2020.

    Sebaik ketibaannya, PTD menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada 1 RRD melibatkan 12 pegawai dan 227 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Pegawai Memerintah 1 RRD, Lt Kol Mazli Mohamed Sain @ Mohd Said diiringi Pancaragam Gabungan dari Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (PP RAMD) dan Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja (PP RRD).

    PTD seterusnya dipersembahkan dengan beberapa siri demonstrasi yang dimulai dengan Kawad Menyuraikan Rusuhan (POPO) oleh Platun Operasi Ketenteraman Awam 1 RRD dan diteruskan dengan perlaksanaan demonstrasi istiadat Kawalan Kehormatan Setempat, Kawalan Kehormatan Darjat dan diakhiri dengan Kawalan Kehormatan Utama.

    Mengimbas sejarah penubuhan Pasukan 1 RRD, pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Perdana Menteri Malaysia yang pertama dalam ucapan perjumpaan Foreign Correspondence Association di Singapura telah menyentuh mengenai Tanah Jajahan British yang masih ada dan bercadang untuk bersatu dengan Malaya ketika itu.

    Hasrat tersebut menjadi kenyataan apabila Malaysia dibentuk pada 16 Sep 1963 yang menyatukan Sabah, Sarawak serta Singapura dengan Malaya walaupun ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina.

    Berpandukan kepada perjanjian pertukaran di antara Kerajaan British dengan Kerajaan Malaysia, pihak Kerajaan British telah bersetuju untuk melatih dan menubuhkan satu pasukan infantri yang terdiri daripada anak watan Negeri Sabah dan Sarawak.

    Bagi tujuan menyelaraskan perkara tersebut, ‘Headquarters Command Rangers Group’ telah dibentuk dan diketuai oleh Colonel I.C.Wellsted.

    Batalion ini telah ditubuhkan pada 16 Sep 1963 di Kem Baird, Ulu Tiram, Johor (sekarang dikenali sebagai PULADA) berkekuatan seramai dua pegawai dan 100 anggota LLP.

    Pada 15 Jul 1999, pasukan telah diisytihar sebagai Batalion Infantri Standard (BIS) berkekuatan 33 pegawai dan 630 LLP.

    Bermula 2001, 1 RRD merupakan pasukan pertama RRD yang melaksanakan penugasan istiadat bagi membantu Markas Briged Kedua Belas Infantri Malaysia (MK 12 Bgd) memenuhi keperluan penugasan yang telah dipertanggungjawabkan.

    Cetusan idea dan ketetapan dalam pengisytiharan batalion istiadat ini telah diilhamkan oleh PTD untuk mengisytiharkan 1 RRD sebagai Batalion Infantri Istiadat, dengan mengambilkira pengalaman dan kejayaan pasukan ini di dalam menyempurnakan penugasan istiadat.

    Pengisytiharan ini secara tidak langsung akan membolehkan 1 RRD memperolehi penambahan dalam struktur perjawatan serta keperluan logistik dalam melibatkan penugasan yang berkaitan istiadat.

    Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Asisten Ketua Staf (AKS) Operasi dan Latihan, Mej Jen Datuk Hamdan Hj Ismail, AKS Perisikan, Mej Jen Dato’ Rezil Shahidin, Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran, AKS Logistik, Brig Jen Roslan Hj Shaari dan SMR Tentera Darat, PW I Mohd Pauzi Mohd Ali.

    Gambar: Lkpl Muhammad Nashriq Khairul Zaime dan Saifun Hakimi Zainon

  • Dua Pos Baharu Perkukuh Kawalan Sempadan Utara Malaysia

    Dua Pos Baharu Perkukuh Kawalan Sempadan Utara Malaysia

    KEDAH: Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain mengiringi Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob meninjau ke kawasan Sektor Utara OP PAGAR II yang merupakan kawasan kawalan sempadan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Bukit Kayu Hitam pada 12 Dis 2020.

    Semasa lawatan tersebut Menteri Kanan Pertahanan menyatakan, kerajaan akan membina dua pos kawalan baharu serta menambah kelengkapan moden bagi memperkasa kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand.

    Beliau menjelaskan, pos baharu yang akan dibina ini akan menempatkan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang akan bekerjasama dengan Tentera Darat Diraja Thailand.

    “Pos Sempadan Terkordinasi ini adalah kawalan bersama Tentera Darat Thailand yang mana dalam pos ini, TD dan Tentera Darat Thailand akan membuat kawalan secara bersama, bertukar-tukar maklumat dan memperkasakan kawalan di sempadan negara.

    “Perancangan penambahan pos ini melibatkan pembinaan Pos Batu Sempadan 34 dan Pos Batu Sempadan 36 di Daerah Padang Terap, Kedah.

    “Selain itu operasi kawalan sempadan di bahagian utara tanah air akan dilaksanakan secara bersepadu termasuk dari segi rondaan kawasan oleh semua agensi keselamatan yang berkaitan, mulai Jan tahun hadapan,” jelas beliau semasa sidang media di Batalion Kelima Rejimen Sempadan (5 RS).

    Tambahnya lagi kerajaan juga bersetuju menambah kelengkapan baharu bagi kegunaan anggota ATM di sempadan negara, termasuk peralatan pemantauan teknologi tinggi seperti dron dan CCTV.

    “Kita juga akan meningkatkan kawalan berdasarkan penambahan bukan sahaja dari segi persenjataan, tetapi peralatan yang lain seperti menambah motosikal scrambler, kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) dan sebagainya.

    “ATM juga akan meningkatkan kawalan dengan menggunakan teknologi moden sebagai contoh menambah penggunaan dron yang boleh digunakan sepanjang masa dan disetiap kawasan,” jelasnya.

    Selain itu kerajaan juga akan mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar pemasangan CCTV di kawasan yang terpilih untuk mengesan kemasukkan pendatang asing tanpa izin (PATI) atau penyeludup dari menceroboh kawasan negara.

    Pada masa sama penggunakan radar di beberapa kawasan akan digunakan supaya dapat mengesan dengan lebih pantas setiap pergerakkan.


    “Ini bermakna kita ada empat lapis, satu kawalan dari pihak tentera, kedua kita ada dron, ketiga ada CCTV dan akhir kita ada penggunaan radar.


    “Jika semua ini kita dapat laksanakan disini, saya percaya kawalan kesalamatan akan lebih ketat dan berkesan,” ujarnya.

    Terdahulu dari itu, sebaik ketibaan Menteri Kanan Pertahanan di 5RS, beliau diberi taklimat pengoperasian oleh Pegawai Memerintah yang terlibat operasi sebelum dibawa ke Pos 5, OP PAGAR II.

    Lawatan beliau bertujuan untuk meninjau kesiapsiagaan dan atur gerak ATM khususnya bagi pelaksanaan operasi Kawalan Sempadan Negara di Zon Utara.

    Selain itu beliau turut diberi taklimat semasa di Pos 5 berkenaan pengoperasian dron oleh Lt Ahmad Zulhafiz Ahmad Yusri dari Batalion 165 Risik Tentera Darat di sektor tersebut.

    Beliau juga dibawa meninjau ke kawasan operasi bagi melihat situasi semasa dan penugasan anggota yang melaksanakan tugas sentiasa di atur gerak dengan kekuatan yang mencukupi pada setiap masa.

    Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Panglima 2 Div, Mej Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan TD, Mej Jen Datuk Hamdan Hj Ismail, Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Dato’ Rezil Shahidin, Panglima 6 Bgd, Brig Jen Dato’ Hj Mohd Halim Khalid dan Panglima 30 Bgd, Brig Jen Mohd Zaki Abu.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul dan Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • Tingkatkan Tahap Kesiagaan Yang Tinggi Ketika Laksanakan Tugas – PTD

    Tingkatkan Tahap Kesiagaan Yang Tinggi Ketika Laksanakan Tugas – PTD

    KEDAH: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain mengingatkan kepada semua agar sentiasa bersiap sedia dan meningkatkan tahap kesiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan semasa melaksanakan tugas.

    “Saya juga berharap agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini  dan ketua-ketua yang ada setiasa bertanggungjawab menentukan keselamatan anggota.

    “Patuhilah segala tatacara melaksanakan operasi yang mana sudah pasti dapat bertugas dengan baik serta akan dilindungi dari sebarang ancaman atau perkara yang tidak diingini dari pihak yang mengambil kesempatan,”jelas PTD.

    Tambahnya lagi, beliau turut mengingatkan anggota yang bertugas di kawasan operasi jangan terima sebarang suapan dari sesiapapun ketika bertugas.

    “Mereka ini akan cuba sedaya upaya mempengaruhi anda semua dalam apa cara sekalipun sama ada baik atau tidak baik yang mana jika anda terpengaruh ianya akan memberikan kesan terhadap rakan-rakan anda yang lain,” tegas PTD.

    PTD berkata demikian semasa bertemu dengan pegawai dan anggota yang sedang melaksanakan operasi dalam Lawatan PTD ke Markas Tatikal (MK Tak) Kem Gubir pada 11 Dis 2020.

    Lawatan berkenaan berlanjutan daripada Lawatan Ulung PTD ke Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (MK 2 Div).

    Terdahulu ketibaan PTD di MK Tak Kem Gubir disambut oleh Pegawai Memerintah pasukan yang beroperasi di Kawasan Op KOTA Bravo/Charlie/Delta.

    Lawatan diteruskan dengan taklimat pengoperasian yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah di Bilik Gerakan Kem Gubir dan pelbagai isu berkaitan operasi serta pengurusan dibincangkan bagi memberikan gambaran jelas kepada PTD.

    Acara lawatan ke kem berkenaan diakhiri dengan PTD menanam pokok di hadapan MK Tak serta berkesempatan  melakukan tinjauan udara di sempadan Malaysia – Thailand berhampiran dengan kawasan Pos Sahara di Durian Burung.

    Turut hadir Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Panglima 2 Div, Mej Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan TD, Mej Jen Datuk Hamdan Hj Ismail, Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Dato’ Rezil Shahidin dan Panglima 6 Briged, Brig Jen Dato’ Hj Mohd Halim Khalid.

    Gambar: Sjn Saiful Fazley Rusli dan Pbt Mohammad Fadzil Akirul

  • 2 Div Komited Menjaga Utara Tanah Air – PTD

    2 Div Komited Menjaga Utara Tanah Air – PTD

    PULAU PINANG: Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menyatakan bahawa Formasi 2 Div merupakan sebuah formasi yang sangat penting kepada Tentera Darat (TD) kerana tanggungjawabnya memelihara dan menjaga wilayah utara daripada dicerobohi anasir yang mengganggu gugat kedaulatan serta keselamatan tanah air.

    “Dua insiden tembak-menembak di kawasan sempadan baru-baru ini yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan mencederakan dua yang lain membuktikan bahawa ancaman itu adalah nyata.

    “Sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan hasil perlaksanaan OP PENAWAR dan OP BENTENG menyebabkan musuh negara mencari helah baharu untuk meneruskan aktiviti penyeludupan dan penyeberangan sempadan secara tidak sah sehinggakan mereka sanggup membunuh asal hasrat tercapai,” jelas PTD.

    Tegas PTD lagi, beliau mengingatkan seluruh warga 2 Div agar sentiasa berwaspada dan patuhi segala arahan keselamatan yang dikeluarkan serta laksanakan tugas dengan penuh keberanian, ketegasan dan berintegriti tanpa mengabaikan aspek keselamatan diri.

    PTD berkata demikian semasa ucapannya dalam Lawatan Ulung ke Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Tun Razak pada 10 Dis 2020.

    Terdahulu sebaik ketibaan PTD beliau diperkenalkan kepada pegawai-pegawai 2 Div lalu merasmikan Eagle Lounge iaitu Anjung Tamu di Lobi Utama 2 Div.

    Seterusnya PTD kemudiannya diberikan taklimat pengoperasian formasi 2 Div melitupi aspek operasi, tadbir dan logistik disampaikan oleh Panglima 2 Div, Mej Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad.

    Selain itu PTD menyentuh tentang aspek kebajikan yang menjadi keutamaannya sejak dahulu dimana beliau yakin bahawa warga tentera yang dijaga kebajikan akan menunjukkan prestasi kerja yang lebih berkualiti.

    “Usaha perlu dibuat dalam memastikan setiap peringkat anggota mendapat semua hak yang sepatutnya mereka perolehi dimana perkara asas seperti peralatan peribadi head to toe perlu dipastikan cukup untuk mereka melaksanakan tugasan rutin dan operasi,” tegas PTD.

    Tambah PTD lagi, peringkat pucuk pimpinan TD berusaha meningkatkan keselesaan warganya melalui pembinaan baru dan penyelenggaraan rumah keluarga kerana harapan beliau mahu melihat seluruh warga TD dapat menikmati kehidupan dalam persekitaran yang aman, selesa serta selamat.

    Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Muhammad Ab Rahman, AKS Operasi dan Latihan Tentera Darat, Mej Jen Datuk Hamdan Ismail, AKS Perancangan dan Pembangunan Tentera Darat, Mej Jen Rashidin Hashimi Ab Rashid dan AKS Perisikan, Mej Jen Dato’ Rezil Shahidin.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • Latihan Menembak Pistol Pegawai Kanan TD

    Latihan Menembak Pistol Pegawai Kanan TD

    PULAU PINANG: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain bersama Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) melaksanakan Latihan Menembak Pistol Pegawai Kanan TD sempena Lawatan Ulung PTD ke Formasi 2 Divisyen (2 Div) bertempat di Lapang Sasar Sungai Dua pada 10 Dis 2020.

    Latihan yang melibatkan pegawai kanan dari Markas Tentera Darat (MK TD) dan juga formasi 2 Div ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menembak pistol dalam kalangan pegawai kanan TD.

    Pada masa yang sama ianya juga medan terbaik untuk memupuk semangat berpasukan dalam kalangan para penembak serta berpeluang untuk berinteraksi dengan PTD.

    Terdahulu taklimat keselamatan dan praktis latihan telah disampaikan oleh Ketua Staf Markas Artileri Div 2 Div, Lt Kol Faizul Halil Abdul Amidon.

    Acara dimulakan dengan praktis pertama iaitu tembakan pelarasan dan diikuti dengan praktis kedua iaitu Pertandingan Tembakan Piring Berpasangan.

    Turut hadir Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Panglima 2 Div, Mej Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad, Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Dato’ Rezil Shahidin, AKS Operasi dan Latihan TD, Mej Jen Datuk Hamdan Hj Ismail, AKS Perancangan dan Pembangunan TD, Mej Jen Rashidin Hashimi Ab Rashid, AKS Logistik TD, Brig Jen Roslan Hj Shaari, Panglima 6 Brig, Brig Jen Dato’ Hj Mohd Halim Khalid, Panglima 8 Brig, Brig Jene Zamsari Abu Hasan, Panglima 30 Bgd, Brig Jen Mohd Zaki Abu dan Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat, Pegawai Waran I Mohd Pauzi Mohd Ali.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi