Bersama PemimpinHUTSemasa

Beri Komitmen Penuh Laksana Tugas Tentera-PTD

PERAK: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi mengingatkan anggota tentera supaya memberi sepenuh tumpuan, komitmen dan tidak berlakon dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberi.

Beliau turut menegaskan bahawa semua anggota tentera bekerja 24 jam, maka utamakanlah tugas dan kerjaya tentera bukan tempat untuk mencari kekayaan atau mengejar kemewahan.

“Ingin saya tekankan disini, jangan sekali-kali mendekati gejala negatif seperti salah guna najis dadah, terlibat dengan fahaman ekstremis berkenaan agama dan politik yang mana saya tidak akan berkompromi dengan isu-isu disiplin dan integriti,” kata PTD dalam perutusannya sempena Perbarisan Sambutan Hari Tentera Darat Ke-86 bertempat di Padang Bola Ladang Kamuning Sime Darby, Sg Siput pada 1 Mac 2019.

Pemilihan Sg Siput sebagai sambutan Hari TD Ke-86 kerana ia merupakan lokasi pertama darurat yang diisytiharkan di Tanah Melayu pada 1948 sekali gus mengingatkan jasa dan pengorbanan pejuang terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

Pengisytiharan itu selepas peristiwa pembunuhan tiga peladang berbangsa Inggeris oleh pengganas komunis di Ladang Elphil dan Ladang Phin Soon pada 16 Jun tahun sama.

Selain itu sambutan kali ini turut melaksanakan Eksesais SATRIA PERKASA iaitu untuk menguji keupayaan formasi dan pasukan termasuk keberkesanan penyatuan operasi selain menilai kemampuan TD dalam mengatur gerak kumpulan Briged Infantri sekali gus melaksanakan latihan secara sistematik.

Ianya diadakan serentak dengan pelancaran latihan medan peringkat Briged di kedua-dua Pemerintahan Medan Barat dan Timur.

“Saya mahukan peluang dan ruang ini digunakan untuk kita berlatih sebagai satu kumpulan untuk berperang, bukan untuk demonstrasi.

“Kita juga ingin melihat sejauh mana kelengkapan yang telah diberikan, diguna pakai dengan elok dan saya mengatakan ini sebab saya hendak buktikan bahawa tentera ini kerjanya berlatih.

“Semua peringkat warga perlu ada pemikiran membudayakan latihan sama ada fizikal, mental dan rohani serta jadikan sebagai gaya hidup sihat tentera untuk memantapkan lagi jati diri,” katanya kepada media selepas merasmikan sambutan Hari TD Ke-86.

Terdahulu Perbarisan Hari TD Ke-86 ini berkonsepkan tempur melibatkan tujuh detasmen terdiri daripada 149 pegawai dan 1,943 anggota Lain-Lain Pangkat diketuai Panglima 6 Briged, Brig Jen Datuk Abdul Aziz Hj Ismail.

Acara dimulakan dengan Demonstrasi Dinamik dari pasukan Gerup Gerak Khas, 10 Bgd Para dan Pasukan Udara TD.

Selain acara perbarisan dan pertunjukan demonstrasi, PTD turut menyempurnakan pemakaian pangkat pegawai kanan, penyampaian Anugerah Pengurusan dan Inovasi TD serta melancarkan Buku Dari Meja Panglima Tentera Darat.

Beliau turut mengadakan persidangan video bersama Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah yang menyempurnakan acara pembukaan Eksesais SATRIA PERKASA bagi peringkat Pemerintahan Medan Timur di Sarawak.

Sambutan ini dimeriahkan lagi dengan Pameran Ketenteraan yang diadakan selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Mac 2019 bagi memberi peluang kepada orang ramai dan masyarakat setempat mengenali TD dengan lebih dekat.

Antara persembahan yang diadakan seperti Pertunjukan Payung Terjun, Tempur Tanpa Senjata, Pertunjukan Anjing Perang TD, Drumline dan Tambor Wanita TD, persembahan akrobatik dari Army Red Warrior dan hiburan dari Badan Kesenian TD.

Manakala pameran TD mempamerkan aset dan kenderaan tempur TD, senjata, perkampungan Ikhtiar Hidup, Hospital Medan dan Kerjaya TD.

Turut hadir Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan dan Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online