MK Medan TimurSemasa

Tatu Sempena HTD 87 Memukau Warga Sabah

SABAH: Sambutan Hari Tentera Darat (HTD) Ke-87 bertemakan Tentera Darat Bersama Rakyat Sedia Sebilang Masa mencipta sejarahnya tersendiri apabila buat julung kalinya disambut di Kota Kinabalu dengan pelbagai acara menarik diadakan bermula dari 19 Jan hingga 1 Mac 2020.

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Hj Juhar Datuk Hj Mahiruddin telah berkenan hadir ke kemuncak acara Sambutan HTD Ke-87 iaitu Pertujukan Tatu anjuran Tentera Darat Malaysia (TDM) di Stadium Likas pada 29 Feb 2020.

Pertunjukan Tatu adalah acara kemuncak HTD di mana ia merupakan kesinambungan dari acara pertama iaitu Majlis Pelancaran Konvoi Kumpulan Tempur Tentera Darat yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Padang Majlis Perbandaran Tawau pada 19 Jan 2020.

Acara dimulakan dengan persembahan dari Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD) bersama artis jemputan dan seterusnya penyampaian Anugerah Pengurusan dan Inovasi Tentera Darat (APITD) Tahun 2019 kepada para petanding yang mana setiap johan kategori akan menerima piala iringan, sijil dan wang tunai berjumlah RM 3000.00 daripada PTD.

Anugerah yang diberikan terbahagi kepada beberapa kategori antaranya adalah Anugerah Pengiktirafan dimenangi oleh Markas 10 bgd Para dengan projek Pembinaan Lapang Sasar PIAW, Anugerah Pengurusan Logistik dimenangi oleh pasukan 72 Batalion Kor Ordnans Diraja, Anugerah Pengurusan Briged dimenangi oleh Markas 10 Bgd Para dan Anugerah Pengurusan Divisyen dimenangi oleh Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia. Seterusnya, bagi penerima Anugerah Pengurusan Pemerintahan pula dimenangi oleh Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat manakala Johan Keseluruhan Anugerah Pengurusan dan Inovasi Tentera Darat Tahun 2019 berjaya dimenangi oleh Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia. Bagi penerima Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera pula telah dimonopoli oleh Markas 10 Bgd Para. 

Dalam pada itu juga, turut diadakan penyampaian anugerah khas iaitu Penganugerahan Pisau Tentera Darat yang melakar sejarah diberikan kepada anggota wanita iaitu Kpl Siti Jumaidah Bensali, merupakan anak jati kelahiran Sabah yang telah memberi sumbang bakti serta jasa sekaligus mengharumkan nama TDM. Beliau merupakan satu-satunya peserta tunggal dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat dalam Ekspidisi Misi Negara ke Antartika anjuran All Women’s Expedition To Antartica (AWETA). Beliau yang telah bersaing dalam beberapa siri pemilihan dan akhirnya terpilih sebagai salah seorang Protege Terbaik serta berjaya dalam ekspidisi di Union Glacier, Antartika bersama-sama tiga rakyat Malaysia yang lain.

PTD turut menyampaikan hadiah kepada Johan Pertandingan Deklamasi Sajak Dari Meja Panglima Tentera Darat iaitu kategori pegawai dimenangi oleh Lt Izzati Liyana Mohamed Zainodi manakala kategori Lain-Lain Pangkat dimenangi oleh Kpl Muhammad Saifuddin Mohd Suib dan kedua-duanya dari Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat.

Acara sambutan diteruskan lagi dengan Persembahan Tatu iaitu satu pertunjukan yang istimewa melibatkan koordinasi pergerakan seragam, aksi lagak ngeri, aksi akrobatik dan muzikal pancaragam yang dipersembahkan oleh anggota TDM khas buat warga Sabah.

Persembahan dan demonstrasi pada malam bersejarah buat negeri bawah bayu ini merangkumi Persembahan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Drumline Tentera Darat, Demonstrasi Tempur Tanpa Senjata, Tarian Perang melibatkan 200 anggota TDM , Penampilan Khas daripada Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah, Tayangan Video Khas “The Making Of Bakara” dan kehadiran salah seorang pelakon filem tersebut iaitu Fauzi Mohd Nawi, Pertunjukan Kawad Senyap, Persembahan Akrobatik Motosikal daripada Army Red Warrior diakhiri dengan Pertunjukan Penerjunan Payung Terjun daripada Grup Gerak Khas (GGK) dan VAT 69 (PDRM). 

Turut dipertontonkan Majlis Penyerahan Cokmar TD kepada PTD sebagai simbolik tamatnya Konvoi Kumpulan Tempur Tentera Darat Sempena HTD Ke-87 yang telah dibawa bermula dari Tawau melalui bandar-bandar utama di sabah iaitu Semporna, Lahad Datu, Sandakan, Kudat, Kota Belud dan berakhir di Kota Kinabalu melibatkan kenderaan-kenderaan yang digunakan dalam TD antaranya Lipan Bara, Gempita, Kenderaan Pembawa Senjata, Kenderaan Pembawa Meriam dan lain-lan kenderaan.

Acara kemuncak apabila PTD telah melancarkan Hari Tentera Darat ke-87 secara rasminya pada detik tepat 12 malam diiringi dengan pertunjukkan bunga api dan diakhiri dengan penyampaian cabutan bertuah hadiah utama iaitu sebuah kereta Perodua AXIA, 2 buah motosikal berjenama SYM, televisyen 43 inci serta sebuah peti ais.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah merangkap Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Negeri Sabah, Brig Jen Kehormat Datuk Seri Panglima Hj Mohd Shafie Hj Apdal, Ketua Setiausaha Negeri Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Negeri Sabah, Kol Kehormat Datuk Hj Safar Untong, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Zamrose Mohd Zain, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami dan pegawai kanan TD. 

Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan dan Sjn Saiful Fazley Rusli.

[custom-facebook-feed album=3303776552984570]

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online