Bersama PemimpinSemasa

Menang Penalti, 4 RRD Rangkul Piala Syed Putra

KUALA LUMPUR: Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) dinobatkan sebagai juara Piala Syed Putra Tahun 2025 selepas menewaskan 2 RRD dengan keputusan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) pada 10 Okt 2025.

Pertembungan sengit antara dua pasukan terbaik RRD itu berakhir tanpa sebarang jaringan selepas kedua-duanya mempamerkan aksi bertahan yang mantap sehingga tiupan wisel penamat sekali gus mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Kejayaan 4 RRD menjulang kejuaraan edisi kali ini menamatkan penantian mereka untuk merangkul piala berprestij tersebut.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail merangkap Kol Yang Dipertua RRD telah berkenan mencemar duli menyaksikan perlawanan akhir dan seterusnya menyempurnakan acara pengurniaan hadiah dan persembahan cendera kenangan.

Anugerah Penjaring Gol Terbanyak kejohanan disandang oleh Kpl Hamizan Syukri dari 9 RRD yang telah merekodkan empat gol, manakala LKpl Zulpian Anduru dari 2 RRD dinobatkan sebagai Pemain Terbaik kejohanan atas persembahan cemerlangnya sepanjang pertandingan.

Penganjuran Piala Syed Putra merupakan acara tahunan bagi RRD bertujuan untuk mengenal pasti serta memilih pemain-pemain baharu yang akan mewakili rejimen dalam perlawanan peringkat Tentera Darat selain ianya dapat memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan mengeratkan lagi hubungan setiakawan.

Turut hadir, Menteri Besar Negeri Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Dato’ Rahimi Ismail dan Pengerusi RRD, Brig Jen Shamshor Hj Jaafar.

Gambar: Kpl Mohammad Fadzil Akirul, LKpl Muhammad Akram Halib & Rjr Raja Khairul Husaini Raja Roslan

slot gacor

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online