Tag: PULMAT

  • KPD Nadi Rangkaian Logistik ATM

    KPD Nadi Rangkaian Logistik ATM

    PERAK: Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Mej Jen Dato’ Abdul Aziz Abu Hassan menyatakan bahawa sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) KPD Ke-68 yang bertemakan ‘Rangkaian Logistik Bersepadu, Nadi Daya Tempur Domain Daratan’ melambangkan tekad serta komitmen warga kor untuk terus menjadi tunjang utama dalam membangunkan sistem logistik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kukuh, efisien dan strategik.

    Menurut beliau, sepanjang 68 tahun penubuhannya, KPD telah memainkan peranan penting dalam semua krisis dan konflik yang melibatkan ATM.

    “Penglibatan aktif KPD bukan sahaja di medan tempur, malah turut menyerlah dalam acara bertaraf dunia seperti CHOGM 1989, SUKOM 1998, Pameran LIMA dan DSA sekali gus membuktikan bahawa kita sentiasa bersedia dan dipercayai dalam memastikan kelancaran serta kejayaan setiap misi yang dipertanggungjawabkan,” tambah beliau.

    Pengerusi KPD berkata demikian ketika menyampaikan perutusan sempena Perbarisan HUT KPD Ke-68 yang berlangsung di Padang Kawad Pusat Latihan Kor Perkhidmatan (PULMAT) pada 19 Jul 2025.

    Perbarisan berkonsepkan tempur ini melibatkan seramai 15 pegawai dan 197 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta diiringi oleh Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja.

    Beliau turut menekankan bahawa kekuatan KPD bukan sahaja terletak pada keupayaan logistik semata-mata, sebaliknya turut bergantung kepada kebajikan dan kesejahteraan seluruh warga kor.

    “KPD sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan pegawai, anggota serta keluarga mereka melalui pelbagai inisiatif, khususnya dalam membantu mereka yang berdepan musibah atau cabaran hidup.

    “Antara inisiatif utama ialah pelaksanaan program RSCNEXT 3.0 yang menjadi asas kepada pendekatan pembangunan kor secara menyeluruh.

    “Program tersebut membawa pendekatan holistik yang bukan sahaja memantapkan keupayaan ketenteraan, malah mengangkat nilai kemanusiaan, memupuk kerjasama antarabangsa serta memelihara kesejahteraan masyarakat.

    Pendekatan ini adalah bukti bahawa KPD bukan sahaja bersedia dari sudut ketenteraan, bahkan sentiasa peka terhadap tuntutan semasa dan tanggungjawab sosial dalam memperkukuh peranan logistik yang menyeluruh untuk ATM,” ujar beliau

    Turut hadir, Asisten Ketua Staf Logistik Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Abd Hafiz Ahmad, Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brig Jen Logistik Muzafar Shah Mosam Shah dan Timbalan Komander Eastern Sabah Security Command, Brig Jen Mohamad Ismail Kamrudin.

    Gambar: Kpl Mohammad Shukri Suhaimi & LKpl Muhammad Nor Akram Halib

  • Lima Teras TD Tonggak Kecemerlangan KPD

    Lima Teras TD Tonggak Kecemerlangan KPD

    PERAK: Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Mej Jen Abdul Aziz Abu Hassan merancang pelaksanaan tugas dan tanggungjawab berasaskan kepada tiga objektif serta lima teras yang ditetapkan oleh Tentera Darat (TD) bagi memastikan keunggulan KPD sebagai sebuah kor logistik.

    “Pelan pembangunan kor bagi tahun 2021 hingga 2050 yang dikenali sebagai Blueprint RSC Next 2.0 bermula dari Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK 12) hingga RMK 17 telah dirancang bagi meningkatkan keupayaan dan kesiagaan bantuan logistik kepada TD seperti yang dituntut dalam Teras Pertama iaitu Peningkatan Kesiagaan.

    “Pada tahun 2023 dan 2024 TD akan menerima 132 trak 3 tan GS Cargo (IVECO) manakala pada tahun 2025 dan 2026 bakal menerima lima buah trak Tank Transporter, empat buah trak 7 tan GS Cargo dan lapan buah Domestic Fire Tender (DFT).

    “Selain itu, proses penubuhan dan penstrukturan semula kor sedang giat dilakukan melalui program ‘Seventy Two to Twenty Eight‘ bagi memperkemaskan lagi kor sesuai dengan keperluan kumpulan logistik di peringkat divisyen dan briged di kedua-dua wilayah selaras dengan Teras Kedua iaitu Pengukuhan Organisasi dan Modal Insan,” jelas Pengerusi KPD.

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT), KPD Ke-66 di Padang Kawad Pusat Latihan Kor Perkhidmatan (PULMAT) pada 15 Jul 2023.

    Perbarisan statik yang terdiri daripada 12 pegawai dan 193 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ini diiringi oleh Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja (RRD).

    Tambahnya lagi, bagi memenuhi Teras Ketiga iaitu Kesejahteraan Warga, kor sentiasa mengambil berat tentang perihal kebajikan pegawai dan anggota serta ahli keluarga yang ditimpa musibah.

    Seterusnya, Pengukuhan Antarabangsa yang menjadi Teras Keempat direalisasikan melalui penghantaran pegawai dan anggota LLP ke misi di bawah Panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan misi MONUSCO (United Nation Organization Stabilization Mission in The Democratic Republic of Congo).

    KPD juga berpegang kepada Teras Kelima iaitu Keutuhan Hubungan TD dengan awam yang memainkan peranan penting dalam memberi bantuan dan kerjasama kepada pihak berkuasa awam seperti membantu TD dalam Op MURNI melibatkan penugasan kenderaan dan penyediaan sajian kepada mangsa-mangsa banjir.

    Di akhir ucapan, Pengerusi KPD mengambil kesempatan menyampaikan pesanan kepada setiap lapisan pegawai dan anggota untuk sentiasa memastikan kor terus relevan sebagai ketumbukan bantuan logistik TD.

    Turut hadir, mantan Pengerusi KPD, Mej Jen Dato’ Hj Abdul Aziz Samsi @ Hj Shamsudin dan Timbalan Panglima Logistik, Brig Jen Hj Abdul Jalil Hj Ramli.

    Gambar: LKpl Mohammad Shukri Suhaimi & Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

  • Perbarisan Penghargaan Mej Jen Datuk Ab Aziz Mohd Sharif

    Perbarisan Penghargaan Mej Jen Datuk Ab Aziz Mohd Sharif

    PERAK: Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman meraikan Mej Jen Datuk Ab Aziz Mohd Sharif dalam Perbarisan Penghargaan sempena persaraan mantan Ketua Pengarah Tadbir dan Logistik, Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD) yang diadakan di Padang Kawad Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja (PULMAT) pada 15 Sep 2022.

    “Sepanjang perkhidmatan beliau dalam TD, selain menjawat jawatan penting dalam KPD dan markas-markas formasi, beliau juga pernah diberi mandat menjadi Penasihat Pertahanan di Jordan selama empat tahun empat bulan.

    “Sikap komited dan dedikasi yang ditonjolkan sepanjang berkhidmat menjadi satu kehilangan yang besar dalam TD khususnya dan ATM amnya,” ujar TPTD.

    Perbarisan Penghargaan berkonsep statik ini terdiri daripada tiga detasmen berkekuatan seramai 12 pegawai dan 148 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Lt Kol Zulkefli Abd Latif dari MK PMBTD diiringi oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

    “Dalam merealisasikan keperluan Army 4NextG, pucuk pimpinan tertinggi kor hendaklah berganding bahu dalam menjayakan Perancangan Pembangunan Kor yang dibuat dalam RSC Next 2.0, di samping memastikan kesemua lima Tonggak Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 dapat dilaksanakan.

    “Oleh itu, kajian dan semakan hendaklah dilakukan agar platform yang dibina dapat menentukan bantuan logistik yang diperlukan oleh TD dapat disediakan tanpa sebarang kekangan,” ujar Mej Jen Ab Aziz Mohd Sharif.

    Usai perbarisan, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati dan jamuan makan sebelum diakhiri dengan upacara Street Lining sebagai penghargaan terakhir ke atas mantan Ketua Pengarah Tadbir dan Logistik MK PMBTD.

    Turut hadir, Panglima Logistik TD, Mej Jen Dato’ Abdul Aziz Samsi @ Hj Shamsudin, Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia TD, Mej Jen Azhan Hj Md Othman dan pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: Pbt Mohammad Shukri Suhaimi dan Pbt Mohamad Fadzil Akirul

  • LKpl Saddam Hussin Cef Terbaik Tentera

    PERAK: LKpl Saddam Hussim Ahmad@Arifin di nobatkan sebagai Cef Terbaik dalam Majlis Penutup Ujian Kompetensi KPD Tahun 2019 disempurnakan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi bertempat di Pusat Latihan Kor Perkhimatan Diraja (PULMAT) pada 17 Jul 2019.

    Beliau yang mewakili Tim dari Zon Utara telah menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa ujian tersebut dengan penilaian dikira dari penglibatan beliau dalam tiga acara berkumpulan iaitu field cooking, hot cooking dan black box.

    Terdahulu PTD berkesempatan meyaksikan pelaksanaan Ujian Cef Tentera di mana beliau dipersembahkan serta menguji rasa masakan yang disediakan oleh peserta dalam Penyediaan Masakan Barat, Masakan Melayu, Hiasan Kek, Buah dan Sayuran.

    Peserta-peserta yang terlibat ini telah diadili oleh juri-juri masakan yang terkemuka dan salah seorangnya ialah Master Chef Sabri Hassan.

    Ujian Kompetensi KPD ini bertujuan menguji keupayaan dan menilai kemahiran anggota-anggota KPD melibatkan tiga tred kepakaran utama iaitu Tred Pengurusan Kenderaan Jenis B, Tred Pentadbir Logistik dan Tred Cef Tentera sejajar dengan hasrat PTD yang mahukan tahun 2019 adalah Tahun Latihan dan Penjajaran.

    Seramai lapan pegawai dan 227 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam ujian ini meliputi pelaksaan ujian seperti Penilaian Kemahiran Pengangkutan, Kemahiran Hantaran Udara, Kemahiran Bomba, Kepakaran Pemeriksa Stok, Kemahiran Memasak dan Seni Kulinari.

    Ianya telah dilaksanakan pada 7 hingga 16 Jul 2019 dengan pelaksanaan lima ujian yang menguji setiap kemahiran anggota KPD dari setiap penjuru zon iaitu Zon Utara, Tengah, Selatan dan Zon Timur.

    Semasa Sidang Media, PTD berkata, kesemua ujian berkenaan wajib diikuti anggota KPD mengikut rujukan yang disediakan dan meskipun pihaknya berpuas hati dengan tahap pencapaian anggota mengikuti ujian kompetensi itu, namun masih banyak ruang perlu diperbaiki.

    “Dalam proses membuat penilaian, kita dapati doktrin sedia ada juga perlu dikemas kini mengikut keperluan semasa sepertimana dikehendaki TD.

    “Ini kerana khidmat KPD dikehendaki di dua zon operasi kita termasuk Sabah dan Sarawak dimana kita akan melihat sejauh mana kompetensi mereka mampu memenuhi keperluan arahan,” katanya.

    Tambahnya lagi keupayaan yang dipamerkan menunjukkan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan berdasarkan landasan yang ditetapkan.

    Selain itu, beliau amat yakin dengan kempimpinan yang ada sekarang akan terus membawa hala tuju KPD ketahap yang lebih unggul ditambah pula memasuki KPD adalah satu cabaran dimana ianya memberikan perkhidmatan kepada semua.

    “Untuk kekalkan seorang tukang masak atau perkhidmatan yang baik adalah satu perkara yang amat sukar kerana ia memerlukan banyak sokongan dan dorongan.

    “Oleh itu menjadi seorang anggota tentera memerlukan jiwa, minat dan displin yang tinggi bagi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan, ” tegas PTD.

    Turut hadir Pengerusi KPD, Mej Jen Dato Hj Hasim Jabar, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad dan Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Badrul Hisham Muhammad.

    Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan

  • Sambutan HUT KPD Ke-61

    PERAK: Seramai 15 orang pegawai dan 196 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun Kor Perkhidmatan Diraja (HUT KPD) Ke-61 diketuai oleh Pegawai Memerintah 72 Batalion KPD, Lt Kol Mohd Haniff Mohamad Ramli di Padang Kawad Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja, PULMAT pada 13 Jul 2018.

    Perbarisan disempurnakan dengan perutusan HUT KPD Ke-61 daripada Pengerusi KPD, Mej Jen Dato’ Hasanuddin Mustafa.

    Dalam ucapan beliau, Pengerusi KPD menzahirkan sukacitanya dengan mengucapkan sekalung tahniah serta syabas kepada seluruh warga KPD kerana mampu meneruskan legasi kecemerlangan kepimpinan warganya yang terdahulu dan beliau merakamkan jutaan penghargaan kepada para veteran setiap peringkat yang telah sama-sama menabur jasa dalam perkhidmatan sejak 61 tahun kewujudannya.

    Dalam perutusan ini juga, beliau menjelaskan lima teras utama yang perlu dilaksanakan bagi mendukung konsep Tentera Darat dan salah satunya adalah memperkasakan kesiagaan Kor yang diterjemahkan melalui Pelan Pembangunan Kor iaitu RSCNext1.0.

    Gambar: Sjn Nor Shahrin, Sjn Hamdan dan Kpl Fadil

  • Ibadah Korban Pupuk Keakraban dalam Kalangan Anggota PULMAT

    PERAK: Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja (PULMAT) telah melaksanakan Program Korban sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha dengan simbolik acara penyerahan pisau korban oleh Pegawai Agama Pasukan, Kapten Azlan Shah Ali Mohamad kepada Komandan, Lt Kol Fissol Abd Hadi pada 4 Sep 2017.

    Sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan dalam sambutan tersebut dengan penyertaan pegawai serta anggota PULMAT dan ibadah korban initelah memberi ruang untuk mereka menghayati serta mewujudkan keakraban dan kemeriahan melalui gotong-royong sesama warga PULMAT serta ahli BAKAT.

    Sambutan diakhiri dengan jamuan makan secara santai serta pengagihan daging korban kepada semua peringkat anggota.

    [jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

    [jaw_gallery gallery=”12612,12607,12606,12616,12610,12608,12611,12609,12613,12615,12614,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

  • Perbarisan Serah Terima Tugas Komandan PULMAT

    PERAK: Warga Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja (PULMAT) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Komandan PULMAT yang diadakan di Padang Kawad PULMAT pada 17 Jul 2017.

    Serah menyerah tersebut antara Lt Kol Abdul Rasid Abdul Wahab yang menyerahkan tugas kepada Lt Kol Fissol Abd Hadi disaksikan Pengarah Pengurusan Latihan, Brig Jen Dato’ Hj Hasim Jabar.

    Mantan Komandan PULMAT akan bertukar keluar ke 4 Kompeni Angkut KPD manakala Komandan yang baharu sebelum ini pernah bertugas sebagai Pegawai Staf 1 Logistik Markas 1 Div.

    [jaw_gallery gallery=”11495,11493,11494,11492,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]