Tag: SMR TD

  • MMR PTTK Pupuk Semangat Kebersamaan TD

    MMR PTTK Pupuk Semangat Kebersamaan TD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain menyatakan bahawa Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) Tentera Darat (TD) merupakan platform yang dapat memupuk semangat kebersamaan serta menjadi elemen penting dalam sebuah angkatan pertahanan yang teguh bersatu.

    “Hanya dengan kesatuan yang jitu, peranan kita sebagai benteng utama pertahanan negara dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan berkesan.

    “Saya berkehendakkan agar tradisi yang telah sebati dalam kehidupan sebagai anggota tentera terus dilaksanakan dan sentiasa disuburkan pada masa hadapan,” ujarnya.

    Beliau berkata demikian semasa ucapannya dalam Majlis MMR PTTK TD yang dihadiri seramai 353 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) PTTK di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 6 Dis 2022.

    Majlis penuh istiadat ini merupakan adat serta budaya rejimental yang diamalkan sejak sekian lama bertujuan untuk menghargai dan meraikan Hari TD di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara mantan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) TD bersama PTTK walaupun mereka telah bersara.

    Selain itu PTD menyeru setiap peringkat PTTK agar sentiasa berusaha meningkatkan potensi diri serta terus komited terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

    Tambahnya lagi, setiap warga TD akan memperoleh hak mereka selepas perancangan penambahbaikan skim perkhidmatan iaitu rancangan kenaikan pangkat secara time based serta kenaikan band.

    Majlis diserikan lagi dengan acara memotong kek Hari TD dan penyampaian cenderahati serta persembahan daripada Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD) dan wakil PTTK.

    Pelaksanaan acara rejimental ini sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, SMR TD, PW I Mohd Pauzi Mohd Ali dan pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: Pbt Mohammad Shukri Suhaimi dan Pbt Mohammad Tuan Farizal Tuan Dir

  • PTD Lawat 4 Div

    PTD Lawat 4 Div

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain melakukan Lawatan Ulung beliau ke Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (MK 4 Div) dan disambut oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Haji Ya’cob Hj Samiran bertempat di Perkarangan MK 4 Div, Kem Wardieburn pada 15 Dis 2020.

    Sebaik ketibaannya, PTD menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) melibatkan tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai Mej Mohd Izham Ahmad Rashidi serta diiringi oleh Pancaragam Pusat RAMD.

    Selesai KKU, PTD diperkenalkan kepada pegawai-pegawai dan beliau dibawa ke Ruang Indera MK 4 Div untuk mendengar sesi Taklimat Pengoperasian Formasi 4 Div melitupi aspek Operasi, Tadbir dan Logistik yang disampaikan oleh Panglima 4 Div.

    Pelbagai isu telah dibincangkan semasa sesi taklimat tersebut termasuk perkara yang dilaksanakan Formasi bagi mendukung Perintah Ulung PTD berdasarkan prinsip 3P dan 5T.

    Selesai taklimat PTD kemudiannya penyempurnakan Perbarisan Pengisytiharan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) sebagai Batalion Infantri Istiadat di Padang Kawad 1 RRD.

    Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan, Mej Jen Datuk Hamdan Hj Ismail, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Dato’ Rezil Shahidin, Asisten Ketua Staf Logistik, Brig Jen Roslan Haji Shaari, Inspektorat Jeneral Tentera Darat, Brig Jen Kwong Fook Wen dan Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat, Pegawai Waran I Mohd Pauzi Mohd Ali.

    Gambar: LKpl Muhammad Nashriq Khairul Zaime

  • PTD Lawat MK PLTD

    PTD Lawat MK PLTD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain melakukan Lawatan Ulung beliau ke Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat (MK PLTD) pada 19 Nov 2020.

    Sebaik ketibaan PTD, beliau disambut oleh Panglima Logistik Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Md Fuad Abd Jalil, seterusnya memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang terdiri daripada dua pegawai dan 99 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Suhaimi Abdul Samad di Perkarangan MK PLTD.

    Selesai KKU, PTD diperkenalkan kepada pegawai-pegawai dan beliau dibawa ke Bilik Gerakan MK PLTD untuk mendengar taklimat lawatan.

    Acara diteruskan dengan sesi bergambar, jamuan bersama Pegawai Memerintah dan Staf MK PLTD seterusnya menandatangani Buku Lawatan.

    Turut hadir Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan TD, Mej Jen Dato’

    Hj Hamdan Hj Ismail, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia TD, Mej Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Asisten Ketua Staf Perancangan Dan Pembangunan TD, Mej Jen Rashidin Hashimi Ab Rashid.


    Gambar: Saifun Hakimi Zainon

  • PTTK Tulang Belakang Keutuhan TD – PTD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi menyempurnakan Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Pegawai Tak Tauliah Kanan (PTTK) sempena Hari Tentera Darat Ke-86 di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 12 Apr 2019.

    Majlis yang penuh istiadat ini merupakan adat serta budaya rejimental yang diamalkan sejak sekian lama bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang telah terjalin di antara mantan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) TD bersama PTTK walaupun mereka telah bersara.

    Majlis dimulakan dengan acara bergambar dan seterusnya PTD menyampaikan penghargaan kepada tim penembak serta atlet TD di atas kejayaan mereka mengharumkan nama TD.

    Dalam ucapan PTD, beliau menghargai kehadiran mantan SMR TD di mana ianya melambangkan hubungan dengan TD tetap abadi dan tetap segar.

    “PTTK merupakan elemen penting yang menyumbang kepada pencapaian matlamat TD, sesungguhnya tanpa komitmen PTTK khususnya SMR, tidak mungkin TD dapat bergerak dan bertindak sebagai satu ketumbukan.

    “Menguatkuasakan arahan dan dasar TD serta membantu pegawai atasan dalam menjayakan visi dan misi perkhidmatan, di samping menjaga dan meningkatkan tahap disiplin anggota adalah tanggungjawab hakiki yang besar.

    “Kesimpulannya, PTTK dilihat sebagai Tulang Belakang Keutuhan TD dan cabarannya untuk terus kekal sebagai tulang belakang yang mantap,” tegas PTD.

    Selain itu, beliau merumuskan bahawa PTTK berada di tahap yang relevan dengan kursus kepakaran yang telah dihadiri mengikut prosedur pelaksanaan tugas yang telah digariskan oleh TD.

    Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin, Panglima Briged Artileri Roket merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Brig Jen Zulkefale A Rahman, SMR TD, PW I Hayazi Abdul Aziz serta mantan-mantan SMR TD.

    Gambar: Kpl Ainur Aisyah Yahaya


  • MMR PTT Kanan TD 2017

    PERAK: Seramai 320 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pelbagai kor Tentera Darat dan pasangan terlibat dalam Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) Zon Utara sempena Hari TD Ke-84 di hotel terkemuka Ipoh pada 06 Okt  2017.

    MMR tersebut disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim yang mana merupakan salah satu aktiviti sempena menyambut Hari TD pada tahun ini.

    Dalam ucapan PTD, beliau mahukan tradisi rejimental seperti MMR ini menjadi pengikat kepada keutuhan keberadaan TD yang mana Bintara adalah elemen terpenting dalam menentukan kehidupan TD.

    “Saya menyeru kepada anda semua untuk terus memperkasakan institusi Bintara dalam menyokong dan membantu kepimpinan TD dan MMR pada malam ini bukan hanya sekadar acara tahunan malah sebagai platform merapatkan hubungan sesama kita.

    “Kecemerlangan sesebuah organisasi itu, adalah bergantung kepada keberjayaan sistem pengurusannya dan ingin saya menegaskan kepentingan dalam mematuhi polisi, arahan dan prosedur dalam TD harus dititikberatkan kerana kelemahan dan kekurangan yang timbul adalah disebabkan kegagalan mematuhi garis panduan serta arahan yang dikeluarkan,” tegas PTD.

    Selain itu, PTD mahukan semua PTT Kanan TD peka dengan keadaan semasa terutamanya aspek perubahan doktrin, bentuk latihan, pengurusan anggota dan penyelenggaraan aset-aset TD terkini kerana kemahiran dan kepakaran anggota adalah ditagih bagi menentukan kesiagaan TD.

    Turut hadir Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar, Panglima 2 Bgd, Brig Jen Datuk Mohd Nizam Hj Jaafar,  Sarjan Mejar Rejimen TD, PW I Hayazi Abdul Aziz serta mantan-mantan SMR TD.

     

    Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan