Tag: TAWAU

  • PTD Sambut Aidilfitri Bersama Warga Medan Timur

    PTD Sambut Aidilfitri Bersama Warga Medan Timur

    SABAH: Seramai 400 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada pasukan naungan Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) hadir dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain di Masjid As-Saadah Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD), Tawau pada 2 Mei 2022.

    Terdahulu, ketibaan PTD disambut oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Lt Jen Dato’ Mardzuki Muhammad.

    Acara dimulakan dengan tayangan montaj aktiviti TD sepanjang Ramadan sebelum diteruskan dengan pemakaian pangkat ke atas dua pegawai kanan TD iaitu Ketua Pegawai Semboyan (KPS), Brig Jen Dato’ Ahmad Saifuddin Talha dan AKS Logistik Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Brig Jen Mohd Tamam Jamioon yang masing-masing dinaikkan pangkat ke Mej Jen.

    Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian sumbangan Hari Raya kepada Pegawai Memerintah pasukan bawah naungan 5 Div, penyampaian sumbangan Musaadah kepada anggota yang kurang berkemampuan dan anggota saudara baru (mualaf) serta penyampaian duit raya kepada anak-anak pegawai dan anggota yang hadir.

    PTD dalam ucapannya menyatakan bahawa kehadiran beliau ke Sabah adalah untuk bersama-sama warga TD yang bertugas di perbatasan ketika hari lebaran.

    Selain itu, beliau turut berpesan kepada semua peringkat pegawai dan anggota agar memelihara keselamatan diri serta keluarga sepanjang cuti perayaan.

    Majlis kemudian diteruskan dengan sidang video bersama Panglima-Panglima Formasi TD dan warga TD yang bersiaran langsung dari dalam dan luar negara.

    Acara diakhiri dengan tembakan meriam buluh sebagai simbolik majlis dan acara bersalaman bersama anggota-anggota TD.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Ketua Staf Tentera Darat (KS TD), Lt Jen Dato’ Hj Subari Hj Tomo, Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Hafizuddeain Jantan, Panglima 5 Div, Mej Jen Datuk Hj Mohd Halim Khalid, Panglima 5 Bgd, Brig Jen Saiful Bahari Zainol dan Panglima 13 Bgd, Brig Jen Suhaimi Hj Shamsuddin.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

  • PMTTD Tunai Solat Sunat Aidilfitri Di 7 RAMD

    PMTTD Tunai Solat Sunat Aidilfitri Di 7 RAMD

    SABAH: Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD), Lt Jen Dato Marzuki menunaikan Solat Sunat Aidilfitri bersama 400 pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat (LLP) Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD) di Masjid As-Saadah pada 2 Mei 2022.

    Acara diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama pegawai dan anggota yang bertugas ketika lebaran.

    Aktiviti yang diadakan bertepatan dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga dengan Pengukuhan Kerohanian.

    Turut hadir, Panglima 5 Div, Mej Jen Datuk Hj Mohd Halim Khalid, Panglima 5 Bgd, Brig Jen Saiful Bahari Zainol dan Panglima 13 Bgd, Brig Jen Suhaimi Hj Shamsuddin.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

  • Pelancaran HTD Ke-87 Gamit Penduduk Tawau

    Pelancaran HTD Ke-87 Gamit Penduduk Tawau

    SABAH: Ribuan pengunjung warga Tawau hadir dalam Majlis Pelancaran Konvoi Kumpulan Tempur Tentera Darat Sempena Sambutan Hari Tentera Darat (HTD) Ke-87 yang disempurnakan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Padang Majlis Perbandaran Tawau pada 19 Jan 2020.

    Sejurus ketibaan PTD, satu pertunjukkan penerjunan oleh sepuluh penerjun bebas dari Grup Gerak Khas yang membuat penerjunan dalam dua pass iaitu pass pertama terdiri dari empat orang penerjun yang ditugaskan sebagai pengiring cokmar dan seorang penerjun sebagai pembawa cokmar TD.

    Manakala pass kedua terdiri dari lima penerjun yang ditugaskan khas sebagai pembawa bendera Malaysia, bendera negeri Sabah Di Bawah Bayu, bendera TD, bendera Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, bendera 5 Div dan bendera Grup Gerak Khas.

    Penyerahan Cokmar Tentera Darat kepada PTD merupakan simbolik gimik perasmian Majlis Pelancaran Hari Tentera Darat Ke-87 dan cokmar ini merupakan mercu tanda yang ditempah khas daripada pewter diukir dengan ukiran emas dan perak serta dihiasi permata biru Kristal dan titanium.

    Konvoi Kumpulan Tempur Tentera Darat Malaysia (TDM) merupakan acara pertama dilaksanakan sebelum menjelangnya sambutan HTD yang diraikan pada 1 Mac setiap tahun bermula daripada penubuhannya pada tahun 1933.

    Konvoi berkenaan dilaksanakan bertujuan mempamerkan ketumbukan TDM di Sabah melalui jelajah battle group ke hampir semua bandar utama di Sabah bermula 19 Jan 2020 dari Tawau dan akan berakhir di Kota Kinabalu pada 29 Feb 2020.

    Selain itu, ia bertujuan untuk mengukuhkan komitmen TDM terhadap pertahanan dan kepentingan keselamatan negeri Sabah serta meningkatkan interaksi antara rakyat dan warga TDM.

    Komposisi Konvoi Kumpulan Tempur TDM adalah terdiri daripada 29 buah kenderaan tempur dan kenderaan logistik melibatkan aset yang berada di negeri Sabah.

    Antara kenderaan yang terlibat dengan konvoi berkenaan adalah kenderaan perisai Gempita dan Lipan Bara, kenderaan tempur Kenderaan Pembawa Senjata (KPS), Kenderaan Pembawa Meriam (KPM) beserta Meriam 105mm, Command Rover dan motorsikal scrambler serta kenderaan bantuan logistik seperti trak 3 tan, ambulans medan dan kenderaan bantuan pembaikan, Kembalik.

    Pada tahun ini, TDM telah memilih Negeri Sabah sebagai lokasi utama Sambutan HTD Ke-87 dengan tema Tentera Darat Bersama Rakyat Sedia Sebilang Masa, justeru itu pelbagai acara menarik telah diatur oleh TDM sempena sambutan yang ke-87 ini dengan penglibatan tentera bersama rakyat serta pemimpin-pemimpin tertinggi negeri Sabah.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Zamrose Mohd Zain dan Pegawai Kanan TD.

    Gambar: SSjn Vijay Gaundar dan Sjn Saiful Fazley

    [custom-facebook-feed album=3205033056192254]