HUTSemasa

Perbarisan HUT KJLJD Ke-66

NEGERI SEMBILAN: Pengerusi Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD), Brig Jen Ts Muhammad Syafiq Poh Abdullah menekankan bahawa lima teras yang ditetapkan oleh Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-29 merupakan tunjang utama KJLJD dalam melaksanakan dan melengkapkan organisasi.

“Latihan yang berkesan, pengetahuan terkini dan sikap yang proaktif mampu meningkatkan keupayaan serta kemampuan mengekalkan kesiagaan tempur aset Tentera Darat seperti yang digariskan dalam Teras Pertama iaitu Peningkatan Kesiagaan.

“Bagi memastikan kor sentiasa berdaya saing sepeti yang dituntut dalam Teras Kedua iaitu Pengukuhan Organisasi dan Modal Insan, KJLJD telah menubuhkan beberapa pasukan baharu seperti Woksyop Briged Ad Hoc, 23 Woksyop Artileri Ad Hoc dan 45 Woksyop Artileri Ad Hoc serta beberapa perancangan penubuhan kumpulan logistik Briged dan kumpulan logistik Divisyen.

“Selain itu, kor ini juga sentiasa melaksanakan pemantauan berterusan kepada para pegawai, anggota dan veteran agar tahap moral dan semangat juang terus terpelihara selaras dengan Teras Ketiga iaitu Kesejahteraan Warga,” jelas Pengerusi KJLJD.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT), KJLJD Ke-66 di Padang Kawad Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) pada 21 Jul 2023 melibatkan seramai 15 pegawai dan 210 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Tambahnya lagi, bagi memenuhi Teras Keempat iaitu Pengkuhan Antarabangsa, KJLJD juga terlibat dengan penghantaran pegawai dan anggota bagi menyertai misi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Di samping itu, kor ini turut terlibat dalam penglibatan dalam Op PENAWAR dan Op MURNI bagi memenuhi Teras Kelima iaitu Keutuhan Hubungan Tentera Dengan Awam.

Pengerusi kemudian mengakhiri ucapan dengan menyeru seluruh warga kor KJLJD untuk terus menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan penuh komited.

Turut hadir, Ketua Bahagian Tadbir dan Logistik Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Brig Jen Hj Roslan Mat Saad dan Pengarah KJLJD, Brig Jen Ir. Dr Hj Shahril Hj Ahmad.

Gambar: LKpl Mohammad Fadzil Akirul dan Pbt Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online