Apabila hawa nafsu menguasai naluri berdasarkan logik pemikiran manusia menguasai sesuatu masyarakat. Kebijaksanaan fikiran dan kekuatan tenaga memerintah, golongan yang lemah fizikal dan fikiran menjadi mangsa. Maka kedatangan Islam sebagai agama wahyu, memulihkan manusia kepada asal kejadian sebagai khalifah dan pemimpin dunia. Membangkitkan kesedaran kepada tempat yang mulia, dengan hak-hak dan nikmat penghidupan yang penuh tanggungjawab terhadap kebajikan, keburukan, kemajuan dan kemunduran dalam hidup.
Islam adalah agama perdamaian, perpaduan dan kerjasama. Dengan pengertian Islam itu sendiri meletakkan suasana harmoni di dalam menerapkan nilai-nilai hidup kesejahteraan dunia dan akhirat. Dari sudut lain, Islam sangat menghargai nyawa dan kehidupan manusia dalam suasana damai dan hannoni. Perintah-perintah mengenai perlindungan hak asasi sesama manusia dalam suasana aman damai jelas dinyatakan Allah yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki (Adam) dan seorang perempuan (Hawa) dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.” [49 : 13]
PRINSIP ASAS ISLAM
Ayat di atas dapat diambil pengajaran bahawa kedatangan Islam membawa dua prinsip asas yang perlu dipertahankan secara bersunguh-sungguh. Iaitu aqidah tauhid terhadap Allah Azawajalla dengan ertikata beriman dan bertaqwa semata-mata kepada Allah. Yang kedua ialah keadilan sosial iaitu melalui suasana saling kenal mengenali, faham memahami dan bantu membantu sesama manusia.
Di atas hakikat inilah setiap kepimpinan Islam mesti berada di atas dua prinsip ini. Justeru, pembentukan satu dasar pertahanan yang benar-benar mampu melindunginya dari diancam dan dinodai oleh anasir-anasir perosak, samada dari unsur-unsur dalaman atau luaran.
Menegakkan prinsip yang pertama, maka Rasulullah SAW dan para sahabat di Mekah telah menderita selama 13 tahun dengan berbagai bentuk fitnah, penyiksaan dan ancaman terhadap diri dan harta benda mereka, malahan mereka dihalau daripada tanahair sendiri. Namun peperangan masih tidak mendapat restu daripada Allah.
PEMERINTAHAN DAN PERTAHANAN
Penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat ke Madinah telah berjaya membentuk satu masyarakat yang padu dan utuh melalui satu perjanjian damai di bawah pemerintah Islam dengan orang-orang bukan Islam termasuk Yahudi. Asas-asas perjanjian tersebut adalah seperti berikut:
- Kebebasan beragama.
- Kehidupan yang saling mengerti.
- Larangan bermusuh antara satu sama lain.
- Bekerjasama didalam mempertahankan keselamatan Madinah.
Di atas asas-asas perdamaian, harmoni dan kerjasama yang dibentuk itu, dan diatas tindakan-tindakan di luar peri kemanusiaan orang-orang Quraisy, maka Allah merestui sekadar keizinan perang semata-mata untuk pertahanan negara Madinah. FirmanNya yang bermaksud:
“Diizinkan kepada orang yang diperangi itu berperang, kerana mereka dizalimi dan sesungguhnya Allah sangat berkuasa untuk menolong mereka, mereka itu ialah orang yang dihalau keluar dari tanah air mereka secara tidak benar. (Keizinan ini diberi) sehingga mereka semua berkaya hanya Allah tuhan kami: [22: 39-40]
Keizinan ini bukan berupa galakan, tetapi sekadar menyediakan kekuatan ketenteraan demi pertahanan negara. Manakala berlakunya peperangan terbuka setelah turunnya ayat yang bermaksud:
“Perangilah mereka yang menyerang kamu (semala-mata) kerana menegakkan agama Allah dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada mereka yang melampaui batas.” [5:87]
PERANAN TENTERA
Manusia dicipta oleh Allah bertujuan untuk mengabdikan dirikepadaNya. Manakala Nabi SAW pula ialah untuk menyampaikan dan mengembangkan dakwaan Islam, supaya manusia tidak lari dari tujuan hidup itu. Oleh itu ketenteraan dalam Islam pada dasamya adalah bertujuan untuk menjamin kelangsungan perkara tersebut, sama ada ancaman tersebut dari dalam negeri (internal) ataupun dari luar negeri (external). Justeru, Islam sangat mengambil berat bidang ketenteraan. Firman Allah yang bermaksud:
“Bersiap sedialah kamu bagi menghadapi musuh-musuh, menurut kemampuan kamu dengan segala kekuatan dan barisan berkuda (mengikut perkembangan masa) bagi menakutkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu dan musuh selain daripada mereka yang kamu tidak mengetahui.” [8 :60]
KETENTERAMAN DALAM NEGERI
Peranan ketenteraan Islam di dalam menjaga keamanan dalam negara. Kekacauan daripada dalam negeri sendiri, seperti memerangi pemberontakan atau penderhakaan (Al-Bughah). Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya akan ada selepas zaman aku, di sana sini (kumpulan-kumpulan), maka sesiapa yang kamu lihat berpecah dari persatuan ummah atau cuba hendak memecah belahkan ummah Muhammad, dalam apa jua keadaannya, maka hendaklah kamu perangi”.
Selain dari menghadapi pemberontakan, bertanggungjawab juga memerangi perompak penyamun, pengacau atau mereka yang menimbulkan huru-hara, keganasan dan kerosakan di muka bumi. Firman Allah yang bermaksud:
“Bahawasanya balasan (terhadap) mereka yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan kerosakan di muka bumi ialah balasan bunuh atau dipotong tangan kaki mereka berselang atau di buang negeri, hukuman yang demikian itu adalah satu kehinaan bagi mereka di dunia” [5: 33]
PERTAHANAN NEGARA
Hubungan luar dan antarabangsa Islam adalah di atas dasar perdamaian dan kerjasama yang luas. Ketenteraan dalam Islam hanya sekadar persiapan dan persediaan di dalam menghadapi sebarang kemungkinan berlaku dalam hubungan luar, antara lain ialah:
- Kebebasan Dakwah dan Memelihara Aqidah. Hubungan luar yang baik termasuklah memelihara akidah dan keimanan umat Islam tidak dinodai dan kebebasan berdakwah, disamping kebebasan beragama. Sekiranya berlaku pencemaran atau trnodanya kesucian akidah Islam dan paksaan terhadap keyakinan, maka pemerintah tersebut perlu diperangi menurut Islam. Ini adalah diatas perintah Allah yang bermaksud:
“tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Dari itu sesiapa yang tidak percaya kepada taghut dania beriman pula kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berperang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah) Allah amat mendengar lagi amat mengetahui”. [2:256]
- Mempertahankan Kedaulatan dan Keamanan Negara. Keperluan tentera untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara adalah satu kemestian bagi Islam supaya sistem hidup Islam dapat dilaksanakan dengan aman dan harmoni tanpa sebarang gangguan. Dalam konteks ini, ketenteraan yang dikehendaki oleh Islam ialah satu angkatan atau organisasi yang dapat menggerunkan musuh. Iaitu satu angkatan yang kuat dan cekap, mempunyai alat kelengkapan yang cukup dan moden. Tindakan sebegini sahajalah akan melalui suasana aman, tanpa pencerobohan antara satu sama lain. Sebagaimana perintah Allah yang bermaksud:
“Dan sediakanlah untuk (menentang) mereka (musuh-musuh yang menceroboh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dari (pasukan-pasukan) berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh-musuh kamu serta musuh-musuh selain dari mereka yang kamu tidak mengetahui. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah, akan disempumakan balasannya untuk kamu dan kamu tidak dianiaya. Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka kamu juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Ia maha mendengar dan maha mengetahui”. [8:60-61]
- Menegakkan Keadilan dan Pembelaan. Ketenteraan Islam adalah juga bagi menjamin keadilan terlaksana dengan mengikut Islam. Perjuangan ini untuk memberi pembelaan, perlindungan dan pengawasan kepada mereka yang teraniaya. Peringatan ini dijelaskan oleh Allah, yang bermaksud:
“Dan kenapa tidak berjuang kerana Allah dan kerana membela mereka yang lemah dan yang tidak berdaya dari golongan lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, (dimana) mereka yang sentiasa berdoa: Wahai Tuhan, keluarkanlah kami dari daerah (pemerintah) yang zalim ini dan jadikanlah kepada kami pembela dariMu, dan jadikanlah penolong yang berjaya dari sisiMu”. [4:75]
- Mempertahankan Diri dan Nyawa. Ketenteraan Islam juga berperanan di dalam perjuangan mempertahankan diri dan nyawa daripada keganasan musuh, perintah daripada Allah, yang bermaksud:
“Dan berjuanglah kerana Allah terhadap mereka yang memerangi kamu (tetapi) jangan sekali-kali kamu melampaui batas, kerana Allah tidak suka mereka yang melampaui balas”. [2:90]
lnilah empat prinsip asas peranan yang perlu dimainkan oleh tentera Islam. Ia diperakui dan diredai Allah, disamping mendapat jaminan Allah diatas kejayaan dan kebahagiaan, samada di dunia atau di akhirat.
PROGRAM LATIHAN
Sistem latihan dalam Islam bagi apa jua profesion adalah bermula dengan keimanan kepada Allah, di mana setiap umat lslam diminta unluk menerima kekuasaanNya, sehingga kita menyedari bahawa Allah melihat dan mengetahui semua perbuatan dan pemikiran kita. Dan menyedari bahawa setiap tingkah laku kita akan dihitung hisab di akhirat kelak. Objektif latihan sedemikian ialah melahirkan sikap taqwa, sehingga berupaya mentadbir dan mengurus setiap tugas yang diamanahkan dengan adil, ikhlas dan jujur sebagai khalifah Allah di muka bumi.
Oleh itu Islam telah membentuk program latihan yang ketat dan berdisiplin merangkumi rohani dan jasmani. Sebagai contoh yang paling ketara ialah skop kurikulum latihan yang disusunatur oleh Al-Sanusiah, semasa menghadapi penjajahan Barat di awal abad 20-an. “The Rabat Model” yang mempunyai lima ruang lingkup prinsip yang mesti dipergiatkan di dalam setiap pusat latihan (Ribat). Lima prinsip asas yang dijelaskan oleh Ab Qadir as-Sufi dalam bukunya Jihad A Ground Plan ialah:
- A group of muslims enclosed themselves in the ribat for intensive training. They must be trained in Islam, Iman and Ihsan.
- They must study and recite the Al Quran until they are used to handling it, know its basic message, teaching elements and follow its guidance. They must be able to recognise the pure “huda” and not follow kafir model.
- They must practice dhikir of Allah and watch the night in muraqqabah. Intensity of dhikir is a pre-requisite of battle.
- They must be trained in combat. Tactics are part of war.
- When training in these elements is complete, the individual then goes into solitary retreat. By that, if Allah wills, his inner eyes opened and he is freed from fear of execution and lack of provision.
Kalau ditetili secara mendalam kelima-lima prinsip ini, dapat dirumuskan bahawa keperluan fitrah manusia telah dipenuhi, dimana ketiga-tiga unsur kejadian manusia iaitu roh, akal dan jasad telah mendapat ‘makanan’ masing-masing. Dengan lain perkataan, pusat latihan ini telah menyediakan satu kurikulum untuk merebentuk watak manusia secara sepadu, iaitu keperluan dan kelengkapan dalaman dan luaran (fizikal dan spiritual) telah diberi keutamaan secukupnya.
JIHAD
Ketenteraan dalam Islam ialah sesuatu organisasi, dasar, latihan, perlengkapan dan sebagainya adalah semata-mata kerana Allah. Sebab itu apabila membicarakan ketenteraan atau pertahanan dalam Islam, ia dikaitkan dengan jihad. Jihad diistilahkan dalam buku “Manusia dan Islam” ialah setiap usaha yang memerlukan curahan daya dan tenaga kekuatan, demi mencapai matlamat dan cita-cita mulia dan ideal iaitu matlamat dan cita-cita Islam – keampunan Allah SWT, keredhaan dan rahmatNya.
Dengan itu, maka ruang jihad itu merangkumi memerangi orang-orang jahil dan segala bentuk kekufuran untuk memperkuatkan agama Allah. Begitu juga perjuangan dalam memerangi musuh Allah, musuh negara, mempertahankan agama dan kebenaran dengan segala keupayaan termasuk membelanjakan harta dan mempertaruhkan nyawa – mengikut pendapat Abu Hasan Ali An-Nadawi dalam bukunya “Islam and The World“.
PEMBAHAGIAN JIHAD
Sekiranya jihad dilihat dari sudut matlamatnya, maka ia sering dikaitkan dengan “Pada Jalan Allah” (fi sabilillah) iaitu berjihad hanya kerana Allah semata-mata serta menurut cara yang diperintahkan atau yang dibenarkan Allah, melalui dalil-dalil yang jelas dari Al Quran dan Hadith.
Kiranya Jihad dilihat dari sudut nilai mutunya ketika menentang musuh, sama ada musuh yang ghaib iaitu nafsu dan syaitan atau yang zahir iaitu orang-orang kafir dan munafiq. Maka ia terbahagi kepada dua bahagian.
- Jihad Agung: laitu mempertahankan diri dari serangan nafsu dan syaitan dan ia merupakan asas kepada pertahanan dari serangan musuh di medan perang.
- Jihad Kecil: laitu pertahanan dan penentangan terhadap orang-orang kafir dan munafiq. Jihad yang kedua ini sama sekali tidak bermaksud tarafnya rendah atau kurang penting dalam arena Jihad. Ia hanya kecil berbanding dengan Jihad yang pertama, ini bermakna mereka yang telah berjaya mempertahankan serangan nafsu dan syaitan adalah benar-benar layak berjihad di medan perang.
CIRI-CIRI JIHAD
Kepentingan dan tanggungjawab jihad dapat digambarkan sebagai “qubbah Islam”, yang memerlukan ciri-ciri tertentu sebagai sebuah qubbah yang berdiri kuat dan teguh. Oleh itu sekurang-kurangnya terdapat tiga ciri utama:
- Unsur daya usaha dan tenaga yang terpaksa dicurahkan.
- Unsur matlamat dan cita-cita yang ideal lagi suci yang tinggi untuk dicapai.
- Unsur-unsur musuh yang menghalangi dan menentang usaha dan perjuangan tersebut.
Ulasan dan huraian dalam kitab “AI Jihad fil Islam” terhadap ciri-ciri tersebut, maka ciri-ciri penting yang perlu ada kepada Jihad dan orang yang berjihad (Mujahid) ialah:
- Jihad yang tulus bukan sekadar berperang, tetapi berjihad di atas dorongan prinsip, bukan untuk mencari kemegahan, penguasaan dan penjajahan.
- Komitmen yang berterusan di dalam mentaati Allah dan Rasul, iaitu melalui keyakinan bahawa jihad adalah cara untuk mendapatkan keredhaan Allah, segala rahmat dan pertolonganNya, seperti FirmanNya yang bermaksud:
“Sekiranya kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) serta meneguhkan pendirian kamu”. [47:7]
- Wujudnya penyatuan atas dasar ukhuwah di dalam penyatuan matlamat jihad. Membendung segala bentuk percanggahan, sebagaimana yang diingatkan oleh Allah yang bermaksud:
” … Dan jangan kamu berbantah-bantahan, kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu”. [8:46]
- Bersabar di dalam menjalankan tugas dan di dalam mencapai kejayaan. Kesabaran adalah rahsia besar dalam sesuatu kejayaan, sebagaimana wasiat Rasulullah SAW kepada Ibni Abbas R.A “Ketahuilah bahawa kejayaan bersama kesabaran, kelapangan bersama kesempitan dan kesusahan bersama kesenangan”.
- Sentiasa menzikiri Allah. laitu tetap menyedari bahawa Jihad hanya kerana Allah dan hanya Dia yang mampu memberi kejayaan. Ini terbukti orang-orang mukmin yang sebenar ketika mereka berjihad, yang digambarkan oleh Allah dalam firman yang bermaksud:
“Dan berapa ramai dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang yang disertai oleh ramai orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang ditimpakan ke atas mereka pada jalan Allah dan mereka tidak lemah tenaga dan tidak pula tunduk dan Allah sentiasa mengasihi mereka yang sabar dan tidak ada yang mereka ucapkan selain dari berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampaui batas dalam urusan kami dan teguhkan pendirian kami serta tolong bantu kami mencapai kemenangan ke atas kaum-kaum yang kafir”. [12:81]
PERJUANGAN TENTERA DARAT
Penjelasan mengenai ketenteraan Islam, begitu juga konsep jihad yang tidak mungkin dipisahkan daripada tentera Islam, maka perjuangan dan pengorbanan TD selama ini seharus bertitik tolak dari dasar pertahanan negara kita. Kerana dasar itu yang menjuruskan secara langsung atau tidak langsung terhadap peranan ATM khasnya TD Malaysia.
Oleh itu, dasar pertahanan dan perjuangan yang telah ditentukan selama ini, sedikit sebanyaknya terdapat hubung kaitannya dengan falsafah ketenteraan Islam dan jihad. Kerana terdapatnya unsur-unsur daya usaha dan wujudnya musuh yang mempunyai fahaman memusuhi agama Islam secara nyata. Dan Islam membenarkan perjuangan dan pengorbanan bagi menentang mereka.
Walau bagaimanapun, pengorbanan dan perjuangan tersebut masih wujud kekurangannya. Hakikat ini perlu diakui dan menjadi tanggungjawab semua pihak di dalam TD kearah penyempuraannya, supaya matlamat falsafah ketenteraan Islam dapat hidup subur di dalam tentera kita. Kita juga penuh yakin di dalam suasana pihak musuh meletak senjata dan menamatkan perjuangan bersenjata mereka, TD menggunakan kesempatan ini menyemprnakannya, kerana TD sekarang mempunyai ruang dan harapan ke arah itu.
LATIHAN TD
Kesempatan ini hendaklah digunakan untuk mengemaskinikan dan meningkatkan latihan-latihan yang sedia ada. Pembinaan tenaga manusia (manpower) yang benar-benar mantap dan keupayaan daya tempur yang jitu, iaitu memenuhi ketiga-tiga faktor hakikat kejadian manusia itu sendiri yang merangkumi jasmani, roh dan akal.
Kalau selama ini keperluan jasmani dan akal telah diberi keutamaan yang sewajrnya. Maka sampai masanya kini untuk kita memberikan keutamaan yang sewajrnya pula kepada keperluan roh/rohaniah. Kerana ia merupakan “ketua” kepada jasmani dan akal. Dengan menyempumakan keperluan ketiga-tiga faktor tersebut, tidak syak lagi pembinaan tenaga manusia yang berperibadi perwira dan perajurit yang dikehendaki oleh Allah akan tercapai, iaitu peribadi yang unggul dan mulia sebagai hamba Allah yang diperingkatkan dalam firmanNya yang bermaksud:
“Alam akhirat itu kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyambungkan diri dan berbuat kerosakan di muka bumi dan kesudahan (yang baik) ini adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”. [28:83]
HARAPAN/PERANAN KAGAT
Kedudukan TD dan ATM amnya yang sedemikian rupa, maka penubuhan KAGAT adalah memberi harapan dan nafas baru bagi meningkatkan tahap kerohanian anggota tentera. Pembangunan rohaniah melalui program-program latihan, penyediaan bahan-bahan bacaan dan sebagainya adalah proses pengislaman (pembaikan) terhadap ATM. Pengislaman peringkat awal adalah ditumpukan kepada menghapuskan kejahilan Fardhu Ain, di samping memberikan kesedaran Islam.
KAGAT menaruh harapan penuh, bahawa proses dan program pengislaman diri dan ahli masyarakat tentera, agar dapat melahirkan anggota tentera sebagai perajurit benteng pertahanan negara, malah dalam jangka panjang dapat membentuk angkatan tentera yang diredhai oleh Allah.
Di atas hakikat yang wujud di dalam ATM dewasa ini, maka KAGAT merasakan amat bertanggungjawab untuk membantu dan memberi sumbangan positif kepada anggota dan masyarakat tentera sesuai dengan misi ketenteraan dan juga kepentingan jihad yang dituntut oleh Islam. Pembinaan anggota-anggota yang beriman dan bertaqwa adalah matlamat terakhir seluruh gerak kerja KAGAT. Kerana iman dan taqwa adalah dua kekuatan yang hanya ada pada tentera Islam yang tidak dimiliki oleh tentera lain dan kedua-duanya telah dibuktikan oleh sejarah dahulu dan sekarang.
Perang yang dibenarkan oleh Islam ialah jihad fi sabi-lillah, dan Islam sentiasa mengawasinya supaya ia sentiasa terpelihara. Untuk menjamin supaya jihad fi sabi-lillah tidak tercemar dan tidak disalah gunakan maka Islam menetapkan suatu peraturan yang khusus yang kiranya jika para pejuang berpegang dengannya, maka selama itu mereka melakukan kebaikan dan tidak melakukan jenayah perang mengikut istilah sekarang.
Jihad fi sabi-lillah tidak terkeluar dari konsep dakwah, kerana perang itu sendiri dilakukan adalah untuk mempertahankan dakwah. Dengan konsep jihad ini, pejuang-pejuang Islam dapat menjadi contoh dalam melakukan tindakan-tindakan yang memperlihatkan kebenaran Islam. Amalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat adalah mendahulukan makanan kepada tawanan perang Badar dari diri mereka sendiri. lnilah suatu bukti nyata betapa tinggi dan mulianya peraturan jihad, iaitu peraturan yang memperkenalkan kasih sayang dalam peperangan.
TD yang menerajui ATM perlulah juga menerajuinya di dalam usaha menyempurnakan pembinaan tenaga manusia untuk jangka panjang supaya menjadi tentera yang beriman dan bertaqwa yang telah dijanjikan oleh Allah kemenangan di dunia dan di akhirat, disamping itu dihormati serta disegani oleh kawan dan lawan.
[divider style=”solid” top=”20″ bottom=”20″]
RUJUKAN
- Al Quranul Karim.
- Abd Qadir A. Sufi, Jihad A Group Plan. England, Diwan Presa, 1978.
- Ab. Halim El. Muhammady, Shariah dan Masyarakat, Bekas Mahasiswa Timur Tengah, 1980.
- Abd. Hamid Mahmud, Sheikh, Al-Jihad fil-Islam, Dar Al-Maarif, Cairo.
- Abdul Hassan Ali An-Nadani, Islam And The World, Lahore, Sh. Mohammad Ashraf, 1978.
- Harun Din, Dr. Manusia Dan Islam. Polis Diraja Malaysia, 1985.
- Hassan Al Banna, Asy Syahid, Risalah AI-Jihad. Beirut, Dar Al-Quran Al-Karim, 1978.
- Nikmat Sidqi, Al-Jibad Fi Sabilillah, Dar Al-I’tisan, 1979.
- Jabatanarah KAGAT, Profession Ketenteraan Islam.
- Majalah Sorotan Darat, Jil. 2 Bil. 16 September 1989.
- Kertas-kertas kerja Muzakarah Agama ATM, Kementerian Pertahanan, 20- 22 Mei 1986.
[box type=”note” align=”” class=”” width=””]Artikel ini dipetik dari BTDM Bil 29 (Jul 1990), ms 3, 17.[/box]