Bersama PemimpinHUTSemasa

Tahlil HUT ATM Ke-82

KUALA LUMPUR: Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hadir dalam Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Sempena Hari ATM Ke-82 yang turut dihadiri Panglima ATM, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin yang bertempat di Masjid Khalid Al-Walid pada 18 Sep 2015.

Sebaik sahaja selesai Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil, majlis diteruskan dengan bacaan khutbah khas sempena HUT ATM Ke-82 yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mej Jen Dato’ Hj Kamarudin Mamat.

Khutbah pada hari ini membicarakan tentang jasa ATM yang banyak memberikan sumbangan kepada kesejahteraan rakyat dan membantu dalam kemajuan ummah serta memastikan rakyat di negara ini dapat beribadah kepada Allah dengan selamat dan aman.

Turut hadir PTD Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, PTL Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar, PTU Jen Tan Sri Dato’ Seri Roslan Saad, mantan-mantan PAT, pegawai-pegawai ATM dan jemaah awam.

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online