Bersama PemimpinSemasa

Pegawai Kanan TD Dinaikkan Pangkat

KUALA LUMPUR: Seramai 27 pegawai kanan Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Wisma Perwira TD pada 24 Mei 2016.

Pemakaian pangkat didahului oleh Mej Jen Dato’ Mohd Ezam Wan Chik yang dinaikkan pangkat dari Brig Jen ke Mej Jen dan menjawat jawatan sebagai Asisten Panglima, Bahagian Pasukan Simpanan, Markas Tentera Darat.

Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat Kol ke Brig Jen seramai empat pegawai kanan dinaikkan pangkat didahului oleh Brig Jen Mohd Bustaman Hj Mat Zin menjawat jawatan sebagai Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brig Jen Adnan Hj Adam  menjawat jawatan Pengarah Semboyan, Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Brig Jen Mohd Radzi Ibrahim menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan, Markas Tentera Darat dan Brig Jen (Dr) A. Endry Nixon menjawat jawatan sebagai Komandan Institut Pegawai Kanan Tentera Darat serta disusuli tujuh pegawai kanan dari Lt Kol ke Kol dan 15 pegawai dinaikkan pangkat dari Mej Ke Lt Kol.

_MG_4102

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Dato’ Seri Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawipegawai-pegawai kanan TD serta isteri-isteri pegawai yang dinaikkan pangkat.


Gambar: Lt M Luqmanul Arif Abd Karim

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button