2 DivSemasa

Eksesais Haringgaroo Uji Kemantapan Dua Negara

KELANTAN: Seramai 888 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Tentera Darat Malaysia (TDM) terdiri dari pasukan dibawah naungan Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia (MK 8 Bgd) dan pasukan Rifle Company Butterworth (RCB) serta Australia Army (RCB) terlibat dalam Eksesais Haringgaroo siri 67/2016 selama 10 hari bermula dari 18 hingga 28 Mei 2016.

Perasmian pembukaan eksesais disempurnakan oleh Deputy Commander 2nd Australian Army Division, Brig Jen Daiman Cantwell bertempat di Padang Kawad Batalion Ke-16 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Dalam ucapan perasmian, beliau menyatakan latihan yang diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan pengalaman baharu kepada anggota dan pegawai Tentera Australia dalam mengendalikan operasi di kawasan hutan.

“Latihan ini amat penting untuk memahami cara-cara beroperasi di kawasan hutan tebal dan dalam keadaan cuaca yang sukar seperti keadaan iklim khaltulistiwa disamping keaadan muka bumi yang mencabar,” katanya.

Eksesais ini merupakan latihan Bilateral diantara TDM dan Australian Army dibawah Program Malaysian Australian Joint Defence Programme (MAJDP) yang dianjurkan oleh MK 8 Bgd dan sebagai tanda simbolik perasmian, Pegawai Pemerintah RCB, Mej Mick Silverstri menyerahkan Pennant RCB kepada Pemangku Penolong Pegawai Memerintah 16 RAMD, Mej Riyardhatul Fuad Shafie dan pemakaian toha oleh Deputy Commander 2nd Australian Army Division kepada pegawai pelaku yang terlibat eksesais.

Objektif eksesais adalah untuk meningkatkan tahap interoperability diantara trup yang mengambil bahagian dengan menambah pengetahuan taktikal dan prosedur operasi staf diantara kedua-dua negara melalui percambahan pengetahuan selain dapat melatih prosedur postad di antara pemerintah dan staf dalam eksesais gabungan.

Turut hadir Pemangku Panglima 8 Bgd, Kol Mohd Adzhar Abd Latif, pegawai serta anggota LLP kedua-dua negara yang terlibat.

Gambar: SSjn Mohd Shahril Mat Ali

_MG_2305

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button