SemasaWanita TD

JKHEW KRD Lawat KPWKM

KUALA LUMPUR: Seramai 24 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) wanita Kor Risik Diraja (KRD) menyertai Lawatan Kerja ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) anjuran Jawatan Kuasa Hal Ehwal Wanita (JKHEW) KRD bertempat di Bilik Gerakan KPWKM pada 13 Okt 2015.

Objektif lawatan adalah untuk meningkatkan penyertaan dan peranan aktif wanita, keluarga dan masyarakat sebagai penyumbang dan penerima faedah pembangunan negara, memelihara hak-hak kepentingan wanita, keluarga dan masyarakat dengan adil dan saksama tanpa unsur diskriminasi serta memperluaskan peluang yang saksama kepada wanita dan masyarakat dalam bidang sosial, ekonomi dan politik.

Selain diberikan taklimat oleh Pegawai Penerangan KPWKM, Mohd Taib Ubah, JKHEW KRD turut diberi peluang untuk melawat ke Bilik Anjung Kasih dan taska khas untuk pekerja-pekerja KPWKM.

Turut hadir Ketua Setiasusaha KPWKM, Dato’ Sabariah Hassan.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online