SemasaSukan

TDM Juara Ragbi dan Hoki Wanita Sukan Antara Perkhidmatan

SELANGOR: Pasukan Ragbi 7 Sebelah dan Hoki Wanita Tentera Darat Malaysia (TDM) muncul Juara di Kejohanan Antara Perkhidmatan Tahun 2015 di mana Majlis Penutup Kejohanan dirasmikan oleh Ketua Staf Markas ATM Lt Jen Dato’ Seri Sabri Adam di Stadium Hoki Pangkalan Udara Subang pada 6 Nov 2015.

Kejohanan pada tahun ini mempamerkan penguasaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di mana dari enam acara sukan yang dipertandingkan, empat acara dimenangi oleh TLDM iaitu Hoki Lelaki, Ping Pong, Petanque, dan Lumba Basikal.

Dalam ucapan penutup oleh Ketua Staf Markas ATM, beliau berkata ATM telah menyediakan pelbagai kemudahan dan khidmat sokongan kepada para atlet agar mereka dapat menjalani latihan dan kesannya dapat dilihat apabila menyertai sesuatu kejohanan dan pada masa yang sama kini ATM diiktiraf sebagai penyumbang atlet yang mampu menaikkan imej perkhidmatan amnya serta negara khususnya.

Kejayaan ini tidak mudah dicapai tanpa usaha yang bersungguh-sungguh dan memerlukan tahap disiplin yang tinggi kerana kesannya ATM dapat melahirkan lebih ramai atlet yang berkualiti untuk bersaing di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Laut Laksdya Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, Pengerusi Hoki ATM Lt Jen Datuk Azizan Mat Delin, AKS Perisikan Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor yang mewakili Panglima Tentera Darat (PTD), pegawai perkhidmatan, atlet, dan anggota Lain-lain Pangkat (LLP).

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online