HUTSemasa

RSD diusia 63 tahun

KUALA LUMPUR: Seramai 18 pegawai dan 375 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen Semboyan Diraja (RSD) terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun RSD Ke-63 diketuai oleh Lt kol Zulkifly Mohamad serta diiringi Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja (RRD)  dan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Hj Ridzuan bertempat di Padang Kawad Dataran Panglima Tentera Darat pada 15 Nov 2015.

Dalam ucapan Ketua Pegawai Semboyan, beliau berharap agar semua lapisan warga RSD akan bersama-sama berganding bahu untuk menyempurnakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sebaiknya agar RSD kekal sebagai sebuah organisasi yang unggul, berwibawa, efisien dan siaga.

Kita telah dan sedang berusaha melaksanakan perancangan pembangunan yang terarah berlandaskan kreativiti dan keterbatasan yang ada dan saya percaya berkat kesungguhan saudara-saudari yang berdiri teguh bersama- sama saya dan pemerintah masing-masing akan dapat menjayakan perancangan ini.”katanya

Perbarisan HUT RSD pada kali ini melakar sejarah tersendiri apabila pertama kalinya diadakan bersama Perarakan Panji-Panji RSD dan pada masa yang sama turut diadakan penganugerahan pingat PPS dan Sijil Kepujian Ketua Perkhidmatan dan Penyampaian Johan Keseluruhan Sukan Piala KPS tahun 2015.

Turut hadir Pengarah Peperangan Informasi, Brig Jen Basri Kasban, Pengarah Semboyan Mk Medan Barat, Brig Jen Hj Zaharin Jamel, pegawai-pegawai kanan, anggota LLP dan warga Vateran RSD.

Gambar: SSjn Mohd Shahril Ali

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button