SemasaSukan

Perlawanan Akhir Bola Sepak Antara BCJ MKTD

KUALA LUMPUR: Pasukan Cobra melengkapkan rekod kemenangan Hatrik selama tiga tahun berturut-turut apabila muncul juara dengan jaringan 5 berbalas 1 sekaligus mengalahkan pasukan Lion King dalam Perlawanan Akhir Pertandingan Bola Sepak antara Bahagian, Cawangan, dan Jabatan (BCJ) bertempat di Stadiun KEMENTAH 2 pada 10 Dis 2015.

Majlis Penutup dan Peyampaian Hadiah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf (AKS) Perisikan  Markas Tentera Darat (MKTD) merangkap Pengerusi Bola Sepak Tentera Darat (PBTD), Mej Jen Dato Hj Khlir Hj Mohd Nor.

Terdapat empat lagi pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini iaitu pasukan Crocodile, Leopard, Cheetah, dan Rhino dimana setiap pasukan diwakili dari BCJ yang terdapat di MKTD.

Objektif pertandingan diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama di antara BCJ disamping mengeratkan hubungan di kalangan pegawai dan anggota di MKTD serta mencungkil bakat baharu yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Dalam ucapan AKS beliau berharap semangat kesukanan yang tinggi di kalangan pemain dapat melatih diri untuk mempunyai minda yang terbuka dan sanggup menerima serta responsif kepada pelbagai situasi.

“Keputusan pertandingan sama ada menang atau kalah hanyalah bersifat material kerana perkara yang lebih mustahak di dalam pertandingan ini adalah usaha gigih dan semangat juang yang tinggi,”tegasnya.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Penjaring Terbanyak menjadi milik PW II Nazri Abu Bakar dari pasukan Lion King dengan jumlah jaringan empat gol manakala Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir disandang oleh PW I Azman Talib dari pasukan Cobra.

Turut hadir, Asisten Panglima Pasukan Simpanan selaku Pengerusi Penganjur Pertandingan, Mej Jen Dato’ Mohd Dalib Basir.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online