Bersama PemimpinSemasa

Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet ATM

KUALA LUMPUR: Tunku Panglima Besar Kedah Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Brig Jen Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah diiringi PAT, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentaulihan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet dan Pegawai Graduan ATM 2016 bertempat di Dataran PTD pada 19 Mac 2016.

Perbarisan ini melibatkan seramai 277 Pegawai Kadet ATM yang diketuai oleh Lt M Muhammad Alif Zailan Zamri dan diiringi oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) bersama Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja (KAD).

Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan dianugerahkan kepada Ketua Perbarisan yang menerima sebilah pedang serta Piala Seri Perkasa dan Pegawai Kadet Terbaik TD ialah Lt M Nur Izzuddin Kamarozaman diikuti Pegawai Kadet Terbaik TLDM dianugerahkan kepada Lt M Muhammad Ashraf Hassan dan Pegawai Kadet Terbaik TUDM ialah Lt M MOhamad Asmaei Sahabudin.

Perbarisan diteruskan dengan Tunku Panglima Besar Kedah mewakili Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan Agong membaca titah SPB  dimana sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Pegawai Muda yang ditauliahkan pada hari ini serta menyatakan rasa bangganya terhadap persembahan perbarisan yang mantap dan penuh bersemangat.

“Beta berharap agar saudara saudari sekalian selepas ini lebih tabah serta cekal menghadapai cabaran kerjaya serta meneruskan semangat yang tinggi untuk meningkatkan ilmu pengetahuan ketenteraan agar anda semua sentiasa peka terhadap peningkatan teknologi pertahanan yang pada masa kini lebih canggih sehingga boleh menggugat keselamatan negara”, ujarnya.

Turut hadir, Panglima ketiga-tiga cabang perkhidmatan Darat, Laut dan Udara serta keluarga pegawai muda.

Gambar: SSjn Mohd Shahril Mat Ali

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button