Semasa

Pegawai Kanan TD Naik Pangkat

KUALA LUMPUR: Seramai 24 pegawai kanan dari pelbagai Kor Tentera Darat dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat yang di sempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Wisma Perwira TD pada 12 Apr 2016.

Pemakaian pangkat di dahului oleh Kol Abdul Hadi Md Sharif yang dinaikkan pangkat dari Kol ke Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT).

Manakala seramai lima pegawai kanan dinaikkan pangkat dari Lt Kol ke Kol didahului oleh Lt Kol Mohd Sobirin Mohd Yusof dan 14 pegawai dinaikkan pangkat dari Mej ke Lt Kol serta PTD turut memakaikan pangkat Lt  Kol kepada empat pegawai sukarela Askar Wataniah.

Turut hadir Panglima Medan Barat, Lt Jen Dato’ Seri Zulkiple Hj Kassim, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Abdul Halim Jalal, pegawai-pegawai kanan TD serta isteri-isteri pegawai yang dinaikkan pangkat.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button