Bersama PemimpinMINDEFSemasa

DSA 2016 Diiktiraf Lima Pameran Terbaik Dunia

KUALA LUMPUR:   Sebanyak 1200 buah syarikat pertahanan menyertai Pameran Defense Service Asia 2016 (DSA 2016) kali ke-15 semenjak mula dilancarkan pada tahun 1988  yang dirasmikan oleh Menteri Pertahanan Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 18 Apr 2016.

Pameran yang berlangsung selama empat hari bermula dari 18 hingga 21 Apr ini meliputi 41,500 kaki persegi ruang pameran melibatkan 60 buah negara antaranya Turki, Australia, Brazil, United Kingdom, Amerika Syarikat, Rusia dan German yang mana Turki merupakan kumpulan pavilion negara  terbesar dengan penyertaan 50 buah syarikat.

DSA Tahun 2016 juga adalah pameran dan persidangan yang diiktiraf antara lima terbaik dunia serta merupakan platform utama kepada ahli perniagaan untuk mempamerkan pelbagai sistem pertahanan serta keselamatan untuk di promosikan ke peringkat yang lebih tinggi.

Pelbagai acara diadakan semasa pameran antaranya Putrajaya Forum dan Malaysia Defense & Security Hall, Chief of Army Roundtable Talks (ChART), Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) Chemical Biological Radiological Nuclear Explosives (CBZRNe) dan Demontrasi Menyelamat Tebusan oleh pasukan elit TD.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Wira Mohd Johari Baharum, Ketua Setiausaha Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat (PTD) dan Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Moha­med Noor.

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button