MK TDSemasa

Perbarisan Bulanan MK TD

KUALA LUMPUR: Seramai 170 pegawai dan 383 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Bahagian Cawangan dan Jabatan Arah Markas Tentera Darat (BCJ MK TD) terlibat dalam Perbarisan Bulanan MK TD  yang  merupakan perbarisan pertama  diadakan semenjak Ketua Staf Markas Tentera Darat (KS MK TD), Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal mengambil alih tugas bertempat di Padang Kawad Kem Kementah pada 4 Mei 2016.

Dalam ucapan KS MK TD beliau mengingatkan agar warga MK TD memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan baik serta tetap taat setia kepada pemimpin dalam melaksanakan tugas dengan jujur dan ikhlas sesuai dengan Cogankata Tentera Darat, (TD) 1 Angkatan: Tetap Gagah Tetap Setia.

“Saya berharap agar semua warga MK TD supaya mempunyai iltizam yang tinggi pada sebilang masa untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan kita, sesuai dengan peranan kita sebagai servant to the unit yang merupakan jantung bagi menentukan semua formasi hinggalah ke unit kecil menerima tugas dan arahan yang jelas,” katanya.

Turut hadir Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki, Asisten Ketua Staf Cawangan Perisikan, Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor dan Pegawai-pegawai kanan MK TD.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button