MINDEFSemasaWanita TD

Tahlil Hari Wanita TD Ke-53

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Hal Ehwal Wanita Tentera Darat (JKHEW TD), Lt Kol Hjh Rosnah Ibrahim bersama-sama 110 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) wanita daripada pelbagai kor dalam Tentera Darat (TD) turut serta dalam Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Wanita  TD Ke-53 yang diadakan di Masjid Khalid Al-Walid pada 15 Mac 2017.

Majlis dimulai dengan tahlil seterusnya diisi dengan program ceramah agama yang disampaikan oleh Sarjan Mejar Rejimen Kor Agama Angkatan Tentera  (SMR KAGAT), PW I Mohd Fikri Ramli bertajuk ‘Persiapan Menuju Kehidupan Abadi’, menyeru agar semua kaum muslimat jangan mempunyai perasaan atau sifat iri hati dan hasad dengki sesama manusia kerana sifat ini akan memakan segala amal kebaikan yang telah kita lakukan semasa berada di dunia.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi JKHEW TD mengucapkan Selamat Hari Wanita TD Ke-53 kepada semua wanita dalam TD serta mengingatkan kepada semua wanita TD walaupun digelar sebagai anggota tentera tidak menghalang kita dari mengekalkan ciri-ciri kewanitaan dan sentiasa menjaga maruah diri dalam melaksanakan tugas seharian.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online