Bersama PemimpinMK TDSemasa

39 Pegawai Kanan TD Dinaikkan Pangkat

KUALA LUMPUR: Seramai 39 pegawai kanan dari pelbagai Kor dalam Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim bertempat di Wisma Pewira TD pada 11 Apr 2017.

Majlis dimulakan dengan kenaikan pangkat Brig Jen Dato’ Abd Halim Othman yang dinaikkan pangkat ke Mej Jen dan menjawat jawatan sebagai  Ketua Pengarah Alat MKTD-BPP manakala Kol Muhammad Hafizuddeain Jantan dinaikkan pangkat Brig Jen dan memegang jawatan Ketua Pengarah Pembangunan MKTD Cawangan P&P.

Majlis diteruskan dengan dua pegawai kanan dinaikkan pangkat Lt Kol ke Kol dan 35 pegawai dinaikkan pangkat dari Mej ke Lt Kol.

Dalam ucapan PTD beliau mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat serta mengingatkan kepada semua pegawai bahawa semakin tinggi pangkat yang disandang lagi besar amanah yang perlu dipikul malah kenaikan pangkat ini turut disertakan dengan tanggungjawab besar yang perlu digalas oleh semua pegawai TD.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan, Lt Jen Datuk Dr Hj Abdul Razak Md Yusoff dan Pegawai-pegawai Kanan TD.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online